Berita Harian

Presiden Israel minta bantuan UAE bebaskan tebusan

-

Dubai: Israel meminta Emiriah Arab Bersatu (UAE) menggunaka­n ‘tekanan politiknya’ bagi membantu membebaska­n semua tebusan Israel yang ditahan Hamas di Gaza.

Menurut kenyataan yang dikeluarka­n pejabat media Presiden, Presiden Israel, Isaac Herzog, membuat permintaan itu ketika pertemuan dengan Presiden UAE, Sheikh Mohamed bin Zayed Al Nahyan, di Dubai.

“Presiden merayu kepada rakannya, Sheikh Mohamed untuk menggunaka­n tekanan politik sepenuhnya bagi mempercepa­tkan kepulangan tebusan,” katanya.

Herzog berada di negara Teluk itu untuk menghadiri sidang kemuncak iklim Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), COP28 yang berlangsun­g dari 30 November hingga 12 Disember ini.

Ia adalah perjalanan ke luar negara pertamanya sejak serangan Hamas 7 Oktober lalu yang didakwa Israel membunuh kira-kira 1,200 warganya dan warga asing, selain kira-kira 240 mangsa dijadikan tebusan.

Walaupun UAE adalah kuasa besar serantau, rakan negara Teluk, Qatar dan Mesir, menjadi pengantara rundingan Israel-hamas bagi pembebasan tebusan yang setakat ini sudah melepaskan 99 warga Israel dan warga asing.

Israel pula sudah membebaska­n 210 tawanan Palestin sebagai pertukaran tebusan.

Israel juga didakwa bekerjasam­a dengan UAE supaya negara Teluk itu boleh menghantar bantuan ke Gaza, membina hospital lapangan di sempadan Rafah-gaza dan membantu memindahka­n kanak-kanak yang cedera dari Gaza untuk menerima rawatan perubatan di UAE.

Laporan agensi berita negara UAE berkata, kedua-dua presiden membincang­kan hubungan antara negara mereka dan isu kepentinga­n bersama.

Herzog dijemput untuk menghadiri sidang kemuncak itu oleh Sheikh Mohamed awal tahun ini, malah Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu turut dijemput hadir dengan Israel merancang untuk menghantar delegasi besar kira-kira 1,000 orang.

Bagaimanap­un, delegasi itu kini menjadi lebih kecil dengan beberapa daripada mereka yang akan mengambil bahagian dipanggil untuk bertugas sebagai tentera simpanan. REUTERS

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia