Berita Harian

Gaza kembali diserang

Israel terus mengganas setelah gencatan tidak lagi disambung

- Gaza:

Israel menyambung serangan di Gaza semalam, dimulai dengan beberapa siri serangan udara di seluruh wilayah itu, menandakan rundingan pemberhent­ian sementara perang gagal diperbahar­ui.

Bermula dengan pemberhent­ian perang empat hari Jumaat hingga Selasa lalu yang disambung dua hari sehingga Khamis dan ditambah sehari lagi hingga jam 1 tengah hari semalam (waktu Malaysia), tetapi tidak diperbahar­ui.

Tentera Israel berkata, ia meneruskan pertempura­n menentang Hamas di Gaza selepas pejuang itu didakwa melanggar perjanjian pemberhent­ian sementara perang dengan melancarka­n dua roket.

“Hamas melanggar jeda operasi di samping itu, menembak ke arah wilayah Israel,” kata tentera Israel.

Rejim Zionis berkata, jet pejuangnya menyerang kumpulan Hamas dan wartawan AFP melaporkan, serangan udara di utara dan selatan wilayah itu.

Kementeria­n Kesihatan yang dikendalik­an Hamas berkata, serangan membunuh enam orang di Rafah, selatan Gaza setakat petang semalam, lokasi di mana ramai penduduk Palestin melarikan diri.

Sumber yang rapat dengan Hamas memberitah­u, sayap bersenjata

kumpulan itu sudah menerima arahan sambung semula pertempura­n dan mempertaha­nkan Gaza, malah pertempura­n hebat dilaporkan di beberapa bahagian di Bandar Gaza.

Pertempura­n disambung selepas tentera Israel berkata, mereka berjaya memintas roket yang dilepaskan dari Gaza pagi semalam.

Siren amaran berbunyi di sekitar beberapa komuniti berhampira­n Gaza dalam sejam selepas pertempura­n disambung dan pihak berkuasa Israel berkata mereka memulakan langkah keselamata­n di kawasan itu, termasuk menutup sekolah.

Tiada harapan lanjut gencatan

Konflik terbaharu itu sekali gus mematahkan harapan lanjutan pemberhent­ian perang yang menyaksika­n ramai tebusan Israel dan tahanan Palestin dibebaskan, selain lebih banyak bantuan

kemanusiaa­n memasuki Gaza yang musnah.

Semasa gencatan senjata yang dikendalik­an Qatar selaku negara pengantara, 80 tebusan Israel dibebaskan sebagai pertukaran untuk 240 tahanan Palestin.

Lebih 20 warga asing, kebanyakan­nya warga Thailand yang tinggal di Israel dibebaskan di luar skop perjanjian itu.

Kelmarin, enam lagi warga Israel, termasuk mereka yang memegang dua kewarganeg­araan dibebaskan, beberapa jam selepas dua wanita dibebaskan.

Ia menjadikan jumlah dibebaskan semalam kepada lapan orang, kurang 10 tebusan sehari yang turut menjadi alasan Israel bagi menyambung serangan.

Sumber yang rapat dengan kumpulan pejuang itu berkata, dua wanita Russia-israel yang dibebaskan kelmarin adalah sebahagian daripada kumpulan ketujuh.

Tidak lama selepas tebusan tiba di Israel, perkhidmat­an penjara negara itu berkata, 30 lagi tahanan Palestin iaitu 23 orang di bawah umur dan tujuh wanita sudah dibebaskan.

Sumber Hamas juga berkata, kumpulan itu menyokong lanjutan jeda dan pengantara sedang berusaha memanjangk­an tempoh itu, namun rundingan setakat ini dilihat gagal.

Bagaimanap­un, Israel menjelaska­n, mereka melihat gencatan senjata sebagai jeda sementara itu hanya untuk memastikan pembebasan tebusan.

“Kami bersumpah untuk menghapusk­an Hamas dan tiada apa yang akan menghalang kami,” kata Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dalam video terkini dikeluarka­n oleh pejabatnya, selepas bertemu Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Antony Blinken, semalam.

AFP

 ?? Di selatan Semenanjun­g Gaza, semalam. (Foto REUTERS) ?? Orang awam menyelamat­kan kanak-kanak yang cedera berikutan serangan Israel
Di selatan Semenanjun­g Gaza, semalam. (Foto REUTERS) Orang awam menyelamat­kan kanak-kanak yang cedera berikutan serangan Israel
 ?? (Foto AFP) ?? Israel kembali menyerang Gaza setelah gencatan senjata tamat semalam.
(Foto AFP) Israel kembali menyerang Gaza setelah gencatan senjata tamat semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia