Berita Harian

Tahanan dakwa lebih kerap dipukul selepas serangan

Enam rakyat Palestin dibebas cerita penderaan di penjara Israel kepada BBC

- AGENSI

Tahanan Palestin yang dibebaskan dari penjara Israel mendakwa penderaan, pencabulan dan hukuman kolektif dilakukan pengawal dalam beberapa minggu selepas serangan Hamas ke atas Israel pada 7 Oktober lalu.

Mereka mendakwa dipukul dengan kayu, dicabul, diserang menggunaka­n anjing manakala makanan, tilam, bantal serta selimut mereka dirampas.

Seorang tahanan wanita berkata, dia kerap kali diancam akan dirogol pengawal dan gas pemedih mata dilontar ke dalam bilik tahanannya.

Menurut laporan BBC, yang bercakap dengan enam tahanan Palestin selepas dibebaskan barubaru ini, semua mereka mendakwa dipukul, dicabul dan didera sebelum dibebaskan dari penjara.

Persatuan Tahanan Palestin berkata, beberapa pengawal didakwa kencing ke atas badan tahanan yang digari, manakala enam tahanan didakwa maut dalam tahanan Israel sejak tujuh minggu lalu, namun tidak dilaporkan rejim Zionis itu.

Mohammed Nazzal, 18, antara tahanan yang dibebaskan Israel minggu ini, ditahan di Penjara

Nafha tanpa tuduhan sejak Ogos lalu dan sehingga kini tidak tahu kenapa dia ditangkap.

Katanya, 10 hari lalu, pengawal penjara Israel masuk ke dalam selnya dengan mikrofon dan pembesar suara serta cuba menggertak tahanan dengan bertepuk tangan dan menjerit nama mereka.

“Apabila mereka melihat kami tidak bertindak balas, mereka mula memukul kami. Mereka menyuruh kami berdiri, dengan tahanan lebih berusia di belakang dan yang muda di hadapan.

“Mereka kemudian menarik dan memukul saya. Saya cuba lindungi kepala dan mereka cuba mematahkan kaki serta tangan saya pula,” katanya.

Mohammed juga mendakwa, tingkah laku pengawal penjara Israel berubah selepas serangan Hamas pada 7 Oktober.

Dia berkata, pengawal akan menendang mereka dan menggunaka­n kayu untuk memukul mereka lebih kerap, malah ada pengawal memijak mukanya.

“Mereka masuk dengan anjing mereka dan membiarkan­nya menyerang kami, sebelum mereka memukul kami lagi. Jari keduadua belah tangan saya patah,” katanya sambil menunjukka­n kecederaan di belakang dan bahunya.

Tindakan 'balas dendam'

Perkhidmat­an Penjara Israel bagaimanap­un mempertika­ikan cerita Mohammed, malah mendakwa remaja itu sudah diperiksa oleh seorang doktor sebelum meninggalk­an penjara dan dia tidak mengalami sebarang kecederaan.

Tahanan Palestin lain juga menggambar­kan perkara sama

di dalam penjara Israel selepas serangan Hamas dan menganggap­nya sebagai ‘balas dendam’ terhadap tahanan Palestin atas tindakan Hamas.

Israel bagaimanap­un tidak menjawab soalan yang dikemukaka­n BBC, sebaliknya mengesahka­n hanya empat tahanan meninggal dunia pada empat tarikh berbeza sejak minggu lalu dan perkhidmat­an penjara tidak mengetahui punca kematian.

Sementara itu, aktivis pro-palestin, Ahed Tamimi, yang dibebaskan dari penjara Israel barubaru ini, berkata tahanan wanita dilayan dengan buruk.

“Tiada tiada air atau makanan, ada 30 lagi tahanan wanita ditahan, kami tidur atas lantai, ada yang tanpa pakaian dan kami didera setiap hari,” katanya.

 ?? (Foto AGENSI) ?? Mohammed patah kedua-dua tangan dipukul pengawal penjara Israel.
(Foto AGENSI) Mohammed patah kedua-dua tangan dipukul pengawal penjara Israel.
 ?? (Foto REUTERS) ?? Ahed dipimpin ibunya selepas dibebaskan kelmarin.
(Foto REUTERS) Ahed dipimpin ibunya selepas dibebaskan kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia