Berita Harian

Askar pengaman PBB di sempadan Lubnan terancam

-

Maroun Al-ras: Askar Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) yang ditempatka­n di sepanjang sempadan Lubnan-israel kini semakin terancam susulan perang Israel-hizbullah bertambah sengit.

Sejak serangan Hamas terhadap Israel pada 7 Oktober lalu, sempadan Lubnan turut menyaksika­n peperangan terburuk dalam tempoh 20 tahun, dan kini askar pengaman PBB terdesak untuk menjaga diri sendiri dengan selamat.

Leftenan Kolonel Stephen Maceoin, komander batalion askar Ireland dan Poland yang ditempatka­n di Kem Shamrock di Kampung Tiri, berkata tentera daripada pasukan pengaman PBB di Lubnan (UNIFIL) berulang kali terpaksa berlindung di kubu.

Ini kerana tembakan, pelancaran roket dan pertempura­n sengit semakin kerap berlaku, sejak meletusnya peperangan antara Israel dan Hamas di Gaza tujuh minggu lalu.

“Saya perlu mengekalka­n perlindung­an pasukan sebagai keutamaan sambil melaksanak­an misi,” kata komander kanan itu ketika lawatan Reuters ke sebuah Pangkalan UNIFIL di selatan Lubnan, berhampira­n sempadan Israel.

Konflik di Gaza, kira-kira 200 kilometer (km) ke selatan, menyaksika­n Israel dan Hizbullah yang disokong Iran, juga sekutu Hamas, berperang setiap hari di sepanjang sempadan Lubnanisra­el.

Sejak 7 Oktober lalu, serangan Israel sudah membunuh kirakira 100 orang di selatan Lubnan, 80 daripadany­a ialah pejuang Hizbullah dalam keganasan yang ada kaitan dengan Gaza.

Maceoin berkata, beliau berharap gencatan senjata di Gaza antara Hamas dan Israel akan dilanjutka­n, kerana orang awam adalah mereka ‘yang paling menderita’ akibat konflik, sama ada di Lubnan atau Gaza.

“Kami sudah melakukan banyak tembakan ke utara dan selatan Blue Line... banyak pertempura­n sengit berlaku,” kata Maceoin.

10,000 tentera ditempatka­n

Beliau merujuk kepada persempada­nan semula 120km yang dilakar oleh PBB menandakan garisan di mana tentera Israel harus berundur apabila mereka meninggalk­an selatan Lubnan pada 2000.

Jurucakap UNIFIL, Andrea Tenanti, pula berkata perubahan intensif selepas gencatan senjata boleh mencetuska­n kitaran konflik yang lebih luas.

“Ini adalah amaran dan bahaya sebenar yang dihadapi semua orang, bukan sahaja di selatan, tetapi di rantau ini,” katanya.

Beliau berkata, UNIFIL sudah berkomunik­asi dengan keduadua pihak dalam kemelut di sempadan Lubnan-israel untuk cuba mengurangk­an ketegangan.

Kata Tenenti kepada Reuters, setakat ini, tiada pasukan pengaman terbunuh sejak permusuhan yang semakin meningkat.

Dua dua pasukan pengaman cedera dalam dua kes berasingan, termasuk serangan mortar yang beberapa kali merosakkan pekarangan serta pangkalan UNIFIL.

Dalam kejadian terbaharu, peronda UNIFIL terkena tembakan Israel di sekitar Aytaroun di selatan Lubnan, tetapi tiada kemalangan jiwa berlaku.

Pasukan PBB menyatakan serangan itu sebagai ‘sangat membimbang­kan.’

Misi pengaman itu kini mempunyai kira-kira 10,000 tentera yang diambil dari 47 negara dan kira-kira 800 kakitangan awam ditempatka­n di 45 kedudukan di seluruh kawasan seluas 1,060km persegi di antara Sungai Litani dan Blue Line.

Suasana tenang sedang berlaku di sempadan sejak Hamas dan Israel bersetuju dengan gencatan senjata sementara yang bermula pada 24 November.

Namun, pada pagi semalam, tentera Israel berkata, mereka memintas ‘sasaran udara’ yang melintasi Lubnan. REUTERS

 ?? (Foto REUTERS) ?? Pasukan pengaman PBB bersama batalion askar Ireland dan Poland yang ditempatka­n di Kem Sha berhampira­n sempadan Lubnan-israel.
(Foto REUTERS) Pasukan pengaman PBB bersama batalion askar Ireland dan Poland yang ditempatka­n di Kem Sha berhampira­n sempadan Lubnan-israel.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia