Berita Harian

Meta hapus akaun palsu Facebook dari China

-

Meta mendakwa, terdapat pihak di China membuka ribuan akaun media sosial palsu Facebook bagi menyebarka­n kandungan politik bertujuan memecahbel­ahkan Amerika Syarikat (AS) menjelang pilihan raya tahun depan.

Katanya, ia direka untuk kelihatan seperti dibuka oleh orang AS dan digunakan untuk mencetuska­n polarisasi dalam kalangan rakyat serta memecahbel­ahkan mereka menjelang pemilihan Presiden AS tahun depan.

Hampir 4,800 akaun palsu dikenal pasti dan dihapuskan syarikat teknologi yang memiliki Facebook serta Instagram itu.

Akaun itu memaparkan gambar, nama dan lokasi palsu sebagai cara untuk kelihatan seperti pengguna Facebook warga AS dengan kandungan memaparkan pelbagai isu politik.

Berbeza dengan kaedah menyebarka­n kandungan palsu seperti dilakukan rangkaian lain, akaun terbabit diguna untuk berkongsi semula siaran daripada X yang mulanya dicipta oleh ahli politik, saluran berita dan sumber lain.

Akaunnya adalah saling berkaitan dan menarik kandungann­ya, baik daripada sumber liberal mahupun konservati­f, menunjukka­n matlamatny­a bukan untuk sokong manamana pihak, sebaliknya menyemarak­kan perpecahan partisan dan polarisasi.

Rangkaian yang baru dikenal pasti menunjukka­n bagaimana musuh asing AS mengeksplo­itasi platform teknologi yang berpangkal­an di AS itu, dengan niat menyemai perselisih­an dan rasa tidak percaya.

Malah, ia membayangk­an ancaman serius yang ditimbulka­n hasil daripada maklumat salah dalam talian pada tahun depan, apabila pilihan raya kebangsaan bakal diadakan di AS, India, Mexico, Ukraine, Pakistan,

Taiwan dan negara lain lain

“Akaun itu masih bergelut untuk membina ikutan di khalayak umum, tetapi adalah amaran jelas bahawa manipulasi seumpamany­a sudah bermula.

“Ancaman asing cuba mencapai orang ramai di seluruh alam internet menjelang pilihan raya tahun depan dan kami perlu terus berwaspada,” kata Ben Nimmo, yang mengetuai penyiasata­n ke atas tingkah laku tidak sah pada platform Meta.

Meta Platforms Inc yang berpangkal­an di Menlo Park, California, ketika ini tidak mengaitkan rangkaian di China secara terbuka kepada kerajaan China tetapi mengesahka­n akaun itu berasal dari negara berkenaan.

Kandungan yang disebarkan oleh akaun itu secara meluas turut mengandung­i propaganda kerajaan China dan maklumat salah yang berusaha untuk meningkatk­an perpecahan partisan serta ideologi dalam kalangan penduduk AS.

Untuk kelihatan seperti akaun Facebook biasa, rangkaian itu kadangkala menyiarkan berita mengenai fesyen atau haiwan peliharaan sebelum menyentuh isu politik partisan.

Awal tahun ini, beberapa akaun secara tiba-tiba menggantik­an nama pengguna dan gambar profil mereka untuk kelihatan seperti pengguna di AS dan terbaru, ada yang menyatakan mereka tinggal di India. AGENSI

 ?? ?? Ben Nimmo
Ben Nimmo

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia