Berita Harian

Dana bantu negara dilanda pemanasan global dilancar

Pemimpin dunia digesa bergerak cepat beralih kepada tenaga bersih

-

Hampir 200 negara bersetuju dengan pelancaran tabung bagi membantu negara yang dilanda pemanasan global, pada Persidanga­n Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) atau COP28.

Pengumuman penting itu dibuat ketika tuan rumah COP28, di Emiriah Arab Bersatu (UAE), mengisytih­arkan bahan api fosil harus menjadi sebahagian daripada sebarang perjanjian iklim yang dirundingk­an dalam tempoh dua minggu akan datang.

Rundingan di Dubai itu sangat penting untuk bumi disebabkan kadar pelepasan gas rumah hijau yang masih meningkat dan PBB semalam mengisytih­arkan 2023 sebagai tahun paling panas dalam sejarah manusia.

Penubuhan rasmi tabung kerugian dan kerosakan yang sekian lama ditagih oleh negara yang terdedah kepada iklim memberikan kemenangan awal pada COP28.

Namun, perpecahan yang ketara masih nyata mengenai pemansuhan penggunaan bahan api fosil secara berperingk­at.

“Kita sudah mencipta sejarah pada hari ini,” kata Presiden

COP28, Sultan Ahmad Al Jaber disambut sorakan dan tepukan gemuruh perwakilan.

Sultan Ahmad berkata, ia adalah kali pertama keputusan sedemikian diterima pakai pada hari pertama dalam mana-mana COP dan kepantasan mencapainy­a juga unik, di luar jangkaan dan bersejarah.

“Ini adalah bukti yang boleh kami sampaikan. COP28 boleh dan akan menzahirka­n apa yang dirundingk­an,” katanya.

Pemimpin dunia sudah lama digesa untuk bergerak lebih cepat beralih kepada tenaga bersih dan mengurangk­an pelepasan gas, kerana dunia kini tidak mampu mengehadka­n kenaikan suhu global di bawah paras yang dipersetuj­ui.

Penyertaan COP28 adalah dua kali ganda lebih besar berbanding tahun lalu dengan lebih 140 ketua negara dan kerajaan akan menyampaik­an ucapan, hari ini dan esok, dimulai dengan Raja Britain, Raja Charles III.

UAE sumbang RM466.9 juta

UAE turut mengumumka­n sumbangan AS$100 juta (RM466.9 juta) untuk dana kerugian dan kerosakan, dengan Kesatuan Eropah menyumbang AS$246 juta (RM1.14 bilion)

Lebih banyak ikrar dijangka dalam beberapa hari akan datang, tetapi jumlah terkumpul setakat ini jauh lebih rendah daripada AS$100 bilion (RM466.9 bilion) yang perlu disumbangk­an kepada

negara membangun yang terjejas.

Dalam perkembang­an berkaitan, Sultan Ahmad turut menimbulka­n kebimbanga­n mengenai konflik kepentinga­n dalam pemansuhan bahan api fosil, kerana beliau menjadi presiden COP dan juga ketua gergasi minyak nasional UAE.

Ketika pembukaan persidanga­n itu, perwakilan turut bertafakur selama seminit untuk memperinga­ti orang awam yang terkorban dalam konflik di Gaza.

Dua pemimpin negara pencemar terbesar dunia - Amerika Syarikat (AS) dan China - bagaimanap­un tidak hadir, walaupun Beijing dan Washington pernah membuat pengumuman iklim bersama, yang jarang berlaku, sebelum COP28. AFP

 ?? (Foto AFP) ?? Sultan Ahmad berucap semasa majlis perasmian sidang kemuncak iklim Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (COP28) di Dubai, kelmarin.
(Foto AFP) Sultan Ahmad berucap semasa majlis perasmian sidang kemuncak iklim Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (COP28) di Dubai, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia