Berita Harian

Waspada bahaya penularan tibi

Jangan ambil remeh batuk berpanjang­an lebih daripada tiga minggu

- Oleh Ercy Gracella Ajos bhnews@bh.com.my

Batuk berpanjang­an lebih daripada tiga minggu jangan ambil remeh, sebaliknya perlu membuat pemeriksaa­n segera di klinik atau hospital untuk mengetahui puncanya.

Batuk berpanjang­an antara simptom atau gejala seseorang menghidap penyakit tuberkulos­is (tibi).

Pakar Perunding Pulmonolog­i Hospital Pantai Kuala Lumpur, Dr Helmy Haja Mydin berkata tibi sejenis penyakit berpunca daripada bakteria Mycobacter­ium tuberculos­is.

Menurut Dr Helmy yang juga penasihat khas Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa, kes awal tibi dikesan di dunia berlaku beribu tahun lalu, iaitu dikesan pada mayat mumia di Mesir dahulunya.

“Gejala tibi boleh berlaku pada mana-mana bahagian tubuh manusia dan paling kerap adalah paru-paru yang dirujuk sebagai tuberkulos­is paru-paru (PTB), iaitu organ paling biasa diserang,” katanya.

“Kalau batuk melebihi tiga minggu, orang ramai disarankan buat pemeriksaa­n secepat mungkin.

“Batuk berpanjang­an, ada kahak kuning atau hijau. Bahkan ada kes teruk sampai berdarah,” katanya.

Simptom lain, termasuk badan cepat menggigil, demam, susut berat badan dan beberapa lagi.

“Semua itu simptom menunjukka­n seseorang mempunyai tibi yang aktif.

“Justeru, cara diagnosis ialah kita perlu bukti menunjukka­n kuman itu ada dalam badan.

“Lazimnya, kita akan periksa kahak dan ambil sampel untuk ujian di makmal, bagi memastikan hidap tibi atau tidak. Jika hasilnya positif, kita ada ubati,” katanya.

Ambil masa untuk sembuh

Dr Helmy berkata, untuk hapuskan tibi dalam badan perlu mengambil masa dan menggunaka­n pelbagai jenis ubat pada masa serentak.

“Kita guna empat jenis antibiotik untuk dua bulan, dan bulan seterusnya pesakit diberi dua jenis antibiotik. Paling minimum diberi ubat selama enam bulan.

“Apa dirisaukan tibi boleh menular. Tibi merebak melalui kahak, bila ada kuman ia berkemungk­inan tersebar kepada orang lain menerusi udara.

“Dalam hal ini, bahagian kesihatan awam Kementeria­n Kesihatan (KKM) akan membuat saringan bukan hanya untuk pesakit tetapi, orang di sekeliling­nya termasuk ahli keluarga.

“Ada orang tidak bergejala pun terkena tibi. Jadi, kita perlu mula awal dengan niat untuk elak tibi merebak,” katanya.

Di Malaysia, lebih 25,000 kes tibi dikesan tahun lalu dengan jumlah kematian mencecah 2,500 kes.

“Kita wajib pantau dan memberi laporan kepada KKM berhubung penyakit ini untuk dibuat semakan.

“Malangnya, masih ada yang maut disebabkan tibi. Antara punca kematian adalah disebabkan kes didiagnosi­s terlalu lambat.

“Ada yang sudah batuk berpanjang­an, susut berat badan dan batuk berdarah baru nak jumpa doktor.

“Apabila diperiksa, paruparu sudah rosak sepenuhnya. Walaupun kita rawat, tapi tak mampu memulihkan­nya,” katanya.

Ditanya berapa lama tibi akan menjadi serius apabila berada dalam badan seseorang, Dr Helmy berkata, ia bergantung kepada diri individu.

“Contohnya, kalau seseorang itu muda dan tidak mempunyai penyakit kronik lain, ia mungkin mengambil masa berminggu-minggu dan berbulan-bulan.

“Tapi kalau seseorang itu sudah tua dan mempunyai komplikasi penyakit lain seperti diabetes, sakit jantung dan sebagainya, ia mengambil masa hanya beberapa minggu untuk gejala atau simptom itu menjadi teruk,” katanya.

Langkah tangani

Langkah perlu diambil untuk menangani masalah tibi adalah pakai pelitup muka di tempat tertentu.

“Bagi yang terdedah dengan individu yang hidap tibi, digalakkan membuat pemeriksaa­n di klinik kesihatan. Tapi, biasanya, KKM akan jejaki dan boleh kenal pasti.

“Orang ramai perlu melakukan pemeriksaa­n jika alami batuk berpanjang­an supaya dapat kesan dan rawat sebelum terlewat.

“Kita perlu ingat, bukan individu sahaja sakit, tapi kuman juga akan merebak,” katanya. Apabila ditanya berkenaan isu tibi yang dilaporkan menular di Cheras barubaru ini, beliau berkata, tibi bukan berstatus wabak. “Kebanyakan orang mendefinis­ikan ia seperti COVID-19. Macam kalau ada seorang positif tibi, satu rumah atau taman penuh COVID-19. Tibi bukan seperti ini,” tegasnya.

“Kes baru-baru ini sebenarnya, apabila kita tahu ada seseorang positif di kawasan terbabit, jadi memang tugas bahagian kesihatan awam KKM untuk periksa siapa lagi di sekeliling yang terjejas.

“Bila pantau dan periksa, ada juga kes tibi lain di kawasan terbabit tetapi ia bukan berpunca daripada individu pertama yang sakit itu,” katanya.

“Tahun lalu, sebanyak 25,000 kes tibi direkodkan, tapi ramai yang tidak cakna berkenaan perkara ini.

Apabila dijejaki dan ada beberapa lagi kes tibi, orang ramai jadi panik.

“Saya sebagai doktor pakar paruparu, lebih kurang setiap minggu memang akan ada kes tibi.

“Ada juga orang ramai ingat tibi ini sudah tiada. Bahkan ada stigma yang mengatakan hanya pekerja asing, kumpulan B40 yang ada penyakit ini,” katanya.

“Ia sebenarnya memang ada dalam komuniti. Saya rasa bila muncul data yang melaporkan sesebuah kawasan disahkan beberapa kes tibi, orang ramai jadi panik. Sebenarnya ia memang ada dan tidak ramai sedar hal ini,” katanya.

Agenda pelan strategik

Justeru, katanya keadaan itu boleh memberi peluang kepada orang ramai untuk mengetahui lebih banyak mengenai tibi.

Menerusi agenda pelan strategik kebangsaan KKM akan menyedia dan memberikan pendidikan berterusan berhubung penyakit ini untuk beri kesedaran kepada orang ramai.

“Perkara ini tidak boleh ones-off sahaja sebab kalau buat kempen sekejap, orang hanya sedar dalam masa dua hingga tiga minggu dan lupa.

Kebanyakan penyakit berjangkit ini menjadi lebih teruk jika penyakit kronik seseorang itu tidak dikawal dengan betul.

“Sama seperti tibi, seseorang itu ada diabetes jadi risiko itu akan menjadi lebih tinggi, merokok juga menjadi risiko untuk dapat tibi yang teruk,” katanya.

 ?? ??
 ?? ??
 ?? ?? Individu yang mengalami simptom batuk berpanjang­an disarankan membuat pemeriksaa­n secepat mungkin.
Individu yang mengalami simptom batuk berpanjang­an disarankan membuat pemeriksaa­n secepat mungkin.
 ?? ??
 ?? ?? Dr Helmy Haja Mydin
Dr Helmy Haja Mydin

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia