Berita Harian

Gaya hidup tak sihat punca kanser usus

Pencegahan awal boleh dibuat menerusi saringan terutama golongan berisiko 45 tahun ke atas

- Oleh Ercy Gracella Ajos bhnews@bh.com.my

Meskipun sesetengah kanser usus berlaku disebabkan faktor keturunan, kebanyakan kes sebenarnya berpunca daripada gaya hidup tidak sihat.

Ketua Unit Hepatologi dan Gastroente­rologi Hospital Kuala Lumpur (HKL), Dr Gew Lai Teck, berkata hanya 15 hingga 20 peratus punca kanser usus besar atau dikenali sebagai kolorektal berpunca daripada faktor genetik, manakala selebihnya disebabkan gaya hidup.

“Merokok, ambil minuman beralkohol dan obesiti juga antara punca derita penyakit itu.

“Kanser usus pada awalnya hanya ketumbuhan kecil atau dipanggil polip yang ada secara spontan atau disebabkan faktor tidak tentu,” katanya.

Polip adalah ketumbuhan yang pada mulanya kecil, tetapi jika dibiarkan akan bertambah besar sehingga boleh mengakibat­kan kanser kolorektal yang serius jika tidak dibuang.

Polip secara amnya ini tidak dapat dihilangka­n dengan apa-apa ubatan lain.

Ada beberapa jenis polip dan penting untuk mengklasif­ikasikanny­a, satu caranya adalah dari segi saiz.

“Jika polip lebih 5 milimeter (mm), risiko kanser bertambah tinggi, malah boleh membesar sehingga 3 hingga 4 sentimeter (sm) dan dengan itu, risiko kanser akan meningkat secara berkali ganda.

“Berdasarka­n di dalam dan luar negara, 80 peratus kanser sebenarnya berkembang daripada polip kecil.

“Jika bukan disebabkan faktor genetik, polip mengambil masa panjang untuk membesar iaitu kirakira 10 tahun,” katanya.

Buat ujian saringan

Pencegahan awal kanser kolorektal boleh dibuat awal menerusi saringan terutama berusia 45 tahun ke atas, walaupun tidak ada tanda-tanda penyakit usus.

“Individu tiada sejarah masalah genetik, polip ini ambil masa yang

“Boleh gunakan kit ujian untuk saringan kendiri didapati dari klinik

“Kaedah membuat ujian itu ada diberikan, jadi pesakit hanya perlu rujuk ataupun pergi ke klinik untuk dapatkan rujukan dan jika meragukan berjumpala­h doktor.

Ujian ini akan menunjukka­n positif jikalau ada pendarahan tersangat sikit dari polip berisiko dan kanser awal usus besar. Pendarahan sikit ini biasanya tidak dapat dilihat dengan mata.

Katanya, HKL menerima empat hingga lapan pesakit positif ujian najis setiap hari, iaitu yang sudah buat ujian di klinik kesihatan dan dirujuk di sini.

“Kalau kecil lebih mudah dan mungkin hanya dalam tiga hingga lima minit. Namun, kalau besar proses akan menjadi sebaliknya.

“Apabila polip dibuang dengan skop, risiko kanser dari polip sudah tiada, walaupun dalam sesetengah individu yang ia boleh berlaku lagi disebabkan faktor genetik yang berpengaru­h kuat.

“Biasanya kalau kita sudah tahu awal ada polip, contohnya jika teropong kali pertama kita sudah nampak banyak polip, kita akan buat ujian susulan,” katanya.

Keluarga perlu buat saringan

Selain itu, saringan untuk semua ahli keluarga juga wajar dibuat kerana ada kalanya polip ini tidak menyerlah setiap generasi.

“Boleh jadi satu generasi ada, satu lagi tiada. Kadang-kadang ada yang kena kanser kolorektal dan ada pula kanser payudara, kanser rahim dan sebagainya. Ini sangat berhubung kait.

“Meskipun, kanser kolorektal ini babitkan usia 45 tahun ke atas, kalau seseorang ada masalah kanser akibat genetic seperti Familial Adenomatou­s Polyposis (FAP), pada umur 15 tahun juga boleh tumbuh polip pada usus.

“Justeru, pengesanan awal penting untuk mengelakka­n pesakit buat kemoterapi dan pembedahan lanjutan.

“Selepas pembedahan akan ada sedikit kesan sakit. Namun, selepas dua minggu, pesakit boleh menjalani kehidupan seperti biasa, jika kanser ini ditemui pada tahap awal,” katanya.

Jika tidak dibuang atau dipotong lebih awal, polip yang berkanser boleh merebak dan tumbuh besar dalam usus.

Lelaki lebih berisiko

Dr Lai Teck memaklumka­n, kajian menunjukka­n lebih ramai lelaki yang hidap kanser usus besar berbanding wanita, dengan anggaran lelaki berisiko 30 peratus lebih dari wanita untuk kanser usus besar.

Apabila ditanya berkenaan sembelit yang mana dipercayai antara simptom kanser usus, katanya berdasarka­n kajian yang dibuat oleh pengkaji terdahulu, didapati kanser usus orang yang sembelit dan tidak sembelit adalah hampir sama dan tiada perbezaan ketara.

“Jadi, pemikiran sedemikian tidak berasas. Sejarah perubatan kita sudah buktikan dengan data jadi tidak perlu minum detoks untuk kurangkan risiko kanser,” katanya.

Selepas pandemik COVID-19 yang melanda dunia, ramai orang yang cakna dengan masalah kanser.

“Ini bukan hanya membabitka­n kanser usus besar, tetapi semua jenis kanser.

“Sekarang, lebih banyak orang buat saringan dan permintaan teropong untuk buat rawatan masalah kanser ini juga meningkat.

“Kita harap untuk jangka masa panjang, tahap kesedaran terus meningkat termasuk di kawasan pinggir dan luar bandar,” katanya.

Katanya, HKL bekerjasam­a dengan klinik di sekitar ibu kota dalam memberikan servis skop dan rawatan kanser.

Pesakit dikesan positif kanser usus akan di hantar ke HKL untuk buat rawatan susulan termasuk buang polip menggunaka­n kaedah kolonoskop­i,” katanya.

Jika bukan disebabkan faktor genetik, polip mengambil masa panjang untuk membesar iaitu kira-kira 10 tahun”

Dr Gew Lai Teck

 ?? ??
 ?? ??
 ?? ??
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia