Berita Harian

Rawatan jerawat elak parut kekal

Boleh jejaskan penampilan, hilang keyakinan diri dan gangguan emosi

-

Wajah dan anggota lain lazimnya pada lengan, bahu dan belakang tubuh ditumbuhi jerawat bukan sesuatu yang asing bagi semua orang.

Namun, bagi mereka yang ada masalah jerawat perlu mendapatka­n rawatan awal untuk mengelakka­n terjadinya parut kekal.

Pensyarah Jabatan Perubatan Keluarga, Fakulti Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Dr Leelavathi Muthupalan­iappen, berkata sebanyak 50 peratus jerawat terjadi pada muka dan hampir 70 peratus daripada orang yang mempunyai jerawat akan mengalami komplikasi parut sekiranya mereka tidak mendapatka­n rawatan awal.

Katanya, jerawat dan parut jerawat boleh menjejaska­n penampilan, hilang keyakinan diri, malu, gangguan emosi dan mungkin menyebabka­n kemurungan,” katanya.

Ada pelbagai jenis parut jerawat, iaitu parut dangkal, parut berlubang, parut tebal, bintik hitam dan keloid.

Rawatan parut jerawat tidak begitu berkesan untuk memulihkan kulit kembali pada keadaan asal.

“Untuk keberkesan­an rawatan ini hanya sekitar 10 ke 30 peratus.

“Pilihan cara perawatan untuk parut juga sangat terhad, memerlukan beberapa sesi, bergantung pada keluasan kawasan kulit yang dirawat dan harganya agak mahal.

“Fillers, laser dan chemical peel antara pilihan rawatan parut jerawat. Setiap jenis rawatan memerlukan masa rehat untuk kulit akibat mengalami kesan rawatan seperti kemerahan atau bengkak selama beberapa hari atau minggu sebelum tindak balas terhadap rawatan,” katanya.

Sebagai contoh, rawatan laser boleh menyebabka­n kulit menjadi merah dan memerlukan seminggu atau dua minggu sebelum kulit pulih daripada kesan perawatan dengan sepenuhnya.

Rawatan ulangan

Beliau berkata, beberapa sesi rawatan ulangan juga diperlukan sehingga mendapat hasil yang diingini.

Pesakit perlu tahu mengenai pilihan rawatan yang sedia ada dan kesan sampingan setiap jenis rawatan serta mendapatka­n rawatan daripada doktor yang berpengala­man dan bertauliah.

Rawatan jerawat berasaskan tahap jerawat iaitu ringan, sederhana dan serius.

• Jerawat kategori ringan - Apabila jerawat meliputi kurang daripada 50 peratus permukaan kulit. Yang alami jerawat ringan hanya memerlukan ubat sapu pada kulit.

• Apabila lebih 50 peratus permukaan kulit terjejas dengan jerawat, mereka

Jerawat kategori sederhana

memerlukan kombinasi ubat makan antibiotik dan ubat sapu.

• Jerawat kategori serius - Seperti jerawat batu, pesakit memerlukan ubat makan khas iaitu Isotretino­in. Tempoh rawatan dengan ubat adalah antara tiga hingga enam bulan.

Kesan kejayaan rawatan dengan ubat hanya boleh dapat dilihat selepas enam hingga lapan minggu rawatan.

Beliau menegaskan perlu berjaga-jaga apabila mencuba petua orang tua dengan mengguna bahan semula jadi atau produk tidak berdaftar sebagai rawatan untuk jerawat.

Menurut kajian kes beliau, produk semula jadi seperti serbuk kayu manis dan jus limau boleh menyebabka­n tindak balas negatif terhadap kulit dengan menjadikan kulit merah atau meninggalk­an kesan warna hitam.

Mitos jerawat

Beliau menyangkal beberapa mitos jerawat yang sekian lama sebati dalam masyarakat, seharusnya masyarakat perlu di didik mengelak salah faham supaya tidak menghalang rawatan sewajarnya.

“Antara mitos lazim ada percaya jerawat berkait dengan makanan, tekanan atau stress, bercinta, dan resdung dan membabitka­n remaja.

“Sebenarnya, orang dewasa juga boleh mengalami masalah jerawat.

“Ramai berpendapa­t jerawat perkara biasa bagi remaja dan akan hilang secara sendiri tanpa rawatan.

“Sememangny­a benar jerawat akan berkuranga­n dan hilang apabila seseorang itu mencapai umur dewasa tetapi, sekiranya jerawat tidak dirawat awal, ia akan meninggalk­an parut kekal.

Justeru, lebik baik dan mudah untuk merawat jerawat dengan ubat daripada merawat parut yang kurang berkesan dan mahal,” katanya.

Punca dan risiko

Ada empat faktor utama penyebab jerawat iaitu folikel atau pori rambut tersumbat, kelenjar lemak yang aktif, jangkitan bakteria dan keradangan kulit”

Dr Leelavathi Muthupalan­iappen

Bagi mengatasi mitos ini, orang ramai perlu mengetahui fakta tentang jerawat seperti punca penyebab jerawat.

“Jerawat adalah bintik-bintik merah atau bernanah pada muka dan pada badan di sekitar bahu dan dada.

“Ada empat faktor utama penyebab jerawat iaitu folikel atau pori rambut tersumbat, kelenjar lemak yang aktif, jangkitan bakteria dan keradangan kulit.

Selain itu, faktor genetik juga memainkan peranan.

Kajian Dr Leelavathi bersama pelajar perubatan UKM menunjukka­n hampir 83 peratus individu yang mengalami masalah jerawat mempunyai ibu bapa yang juga pernah mengalami masalah jerawat pada usia remaja.

Risko untuk mendapat jerawat juga adalah tiga kali lebih tinggi sekiranya kedua-dua ibu bapa mengalami masalah jerawat.

“Jerawat juga boleh terjadi sekiranya seseorang itu menggunaka­n kosmetik jenis comedogeni­c yang boleh menyumbat pori rambut pada kulit.

“Dengan mengetahui faktor penyebab ini, diharap orang ramai akan lebih arif dan mendapatka­n rawatan awal atasi masalah jerawat dan elak parut,” katanya.

 ?? ??
 ?? ??
 ?? ?? Jerawat boleh terjadi dengan penggunaan kosmetik jenis ‘comedogeni­c’ yang boleh menyumbat pori.
Jerawat boleh terjadi dengan penggunaan kosmetik jenis ‘comedogeni­c’ yang boleh menyumbat pori.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia