Berita Harian

Bayu Avenue pembanguna­n komersial di Setia Bayuemas

Projek S P Setia tampil 16 unit kedai dua tingkat bermula RM1.5 juta

- Oleh Mahanum Abdul Aziz mahanum_aziz@bh.com.my

S P Setia Bhd melancarka­n pembanguna­n hartanah komersial pegangan bebas terbaharun­ya dikenali Bayu Avenue.

Pembanguna­n pejabat kedai dua tingkat itu adalah fasa pembanguna­n komersial ketiga dibangunka­n di dalam perbandara­n utama pemaju hartanah terkemuka itu iaitu Setia Bayuemas di Klang, Selangor.

Bayu Avenue diposisika­n sebagai pembanguna­n komersial yang ergonomik di daerah Klang yang sibuk.

Ia tampil dengan tawaran terhad sebanyak 16 unit pejabat kedai dua tingkat membabitka­n nilai pembanguna­n kasar (GDV) sebanyak RM21.86 juta.

Pembanguna­n komersial yang disasarkan siap menjelang November 2026 itu ditawarkan pada harga yang kompetitif bermula daripada RM1.15 juta.

Setiap unit mempunyai keluasan tanah seluas 22 kaki X 70 kaki, dengan kawasan binaan antara 4,873 kaki persegi hingga 4,986 kaki persegi bagi unit sudut.

Manakala bagi unit pertengaha­n, ia mempunyai kawasan binaan seluas 2,986 kaki persegi, sementara bagi lot hujung mempunyai kawasan binaan yang lebih besar sedikit iaitu 6,026 kaki persegi.

Pengurus Besar Bahagian S P Setia, Razly Mohammad Rus, berkata Bayu Avenue memberikan peluang kepada pemilik perniagaan tempatan untuk mengembang­kan perniagaan mereka dalam perbandara­n yang dibina dengan baik serta disusun dengan teliti untuk memenuhi keperluan perniagaan mereka.

“Hab komersial ini bersedia untuk meningkatk­an kerancakan komersial Setia Bayuemas bagi memenuhi keperluan harian komuniti perbandara­n, dengan menawarkan kemudahan dan pengalaman kehidupan yang menyeluruh,” katanya.

Hab komersial terkini di Setia Bayuemas itu dibangunka­n sejajar dengan komitmen S P Setia untuk mewujudkan komuniti mampan dan berharmoni dengan alam sekitar.

Walaupun terletak secara strategik di sepanjang jalan masuk utama perbandara­n dengan trafik tinggi, pembanguna­n itu juga terletak berhampira­n Taman Tasik Setia Bayuemas, menawarkan kemudahan moden di tengah-tengah persekitar­an yang menghijau.

Pembanguna­n komersial itu juga memberi penekanan pada fungsi dan kebolehsua­ian, dengan reka bentuk susun atur terbuka membolehka­n pemilik perniagaan memperibad­ikan ruang mengikut keinginan mereka.

Komuniti yang dinamik

Terletak di tengah-tengah kawasan selatan Klang, Selangor, Setia Bayuemas adalah komuniti yang dinamik mengintegr­asikan kehidupan kontempora­ri dengan alam semula jadi, membolehka­n pendudukny­a hidup, belajar, bekerja, dan bermain di dalam perbandara­n.

Ia menampilka­n pelbagai pilihan rumah mampu milik, termasuk pangsapuri, teres bertanah, rumah kluster, berkembar dan banglo, bersamasam­a dengan gabungan pelbagai ruang komersial dan runcit.

Perbandara­n itu juga strategik dengan disambungk­an melalui lebuh raya utama seperti Lebuhraya Utaraselat­an Hubungan Tengah (ELITE) dan Lebuhraya Shah Alam (KESAS).

Ia mempunyai Taman Tasik Setia Bayuemas yang ikonik, diiktiraf dengan anugerah Emas dalam Perancanga­n Landskap Anugerah Hartanah Diurus Dengan Terbaik dan Lestari The Edge Malaysia 2023.

Taman yang dikuasakan oleh tenaga solar itu mempunyai 19 spesies burung asli dan menjadi tempat untuk masyarakat sekeliling berhubung dengan alam semula jadi.

 ?? ??
 ?? ?? S P Setia Bhd melancarka­n hartanah komersial pegangan bebas terbaharun­ya dikenali Bayu Avenue di perbandara­n utamanya, Setia Bayuemas di Klang, Selangor.
S P Setia Bhd melancarka­n hartanah komersial pegangan bebas terbaharun­ya dikenali Bayu Avenue di perbandara­n utamanya, Setia Bayuemas di Klang, Selangor.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia