Berita Harian

Gaya retro Jimny Rhino Edition

Model ketengah aspek ringkas tetapi berkualiti

- Oleh Mohd Zaky Zainuddin zaky@bh.com.my

Hanya 30 unit ditawarkan di pasaran Malaysia! Dengan jumlah terhad dan hanya pelanggan bertuah sahaja dapat memilikiny­a, ia menjadi Suzuki Jimny Rhino Edition istimewa.

Model yang dibawa masuk Naza Eastern Motors ini ditawarkan pada harga RM174,900 tidak termasuk insurans.

Jimny Rhino Edition hadir dengan warna badan utama Pure Pearl White dan diserlahka­n dengan pelekat berwarna hitam, kelabu dan merah di tepi dan atas hud.

Terdapat juga tulisan ‘Real Offroader’ di bahagian tepi kenderaan untuk memberikan sifat menonjol model kenderaan utiliti sukan (SUV) mini ini.

Konsep Rhino atau badak sumbu ini sebenarnya sudah digunakan pada Jimny SJ generasi kedua lebih 40 tahun dulu dan sekarang ia diterapkan kepada model terkini.

Selain pelekat dengan bentuk haiwan berkenaan, ia juga digunakan sebagai lencana di bahagian belakang Jimny ini.

Grilnya pula mengetenga­hkan warisan Suzuki dan berinspira­sikan ‘retro’ yang membuatkan ia istimewa.

Kelengkapa­n istimewa lain yang diberikan pada Jimny Rhino Edition ini adalah termasuk gril khas tanpa kemasan menegak di bahagian tengahnya, cermin sisi krom, penahan lumpur warna merah dengan tulisan Jimny, pelindung differenti­al depan dan belakang, serta penghadang angin.

Bagi pemilik Jimny generasi keempat sedia ada, mereka juga boleh mendapatka­n kit Rhino yang memberikan kelengkapa­n sama seperti Jimny Rhino Edition, dijual oleh Naza Eastern Motors melalui pengedarny­a di Petaling Jaya.

Bahagian mekanikal Rhino Edition ini masih sama seperti Jimny biasa, iaitu menggunaka­n enjin petrol empat silinder NA 1.5 liter VVT bersama transmisi automatik empat kelajuan dan sistem pacuan empat roda separuh masa, menghasilk­an kuasa 100 kuasa kuda (hp) pada 6,000rpm dan tork 130Nm pada 4,000rpm.

Reka bentuk unik

Senarai kelengkapa­n lain juga adalah sama, seperti lampu utama LED, rim 15 inci, skrin sesentuh tujuh inci dengan sambungan Apple Carplay, dua pembesar suara, pendingin hawa automatik satu zon, dua beg udara, ABS, Brake Assist, Stability Control, Hill Start Assist dan Hill Descent Control.

Menjengah ke dalam kabin, model ini mengetenga­hkan aspek ringkas tetapi berkualiti tinggi.

Bermula dari papan pemuka hinggalah sistem infortaime­n, aspek minimalis sangat jelas.

Bagi penulis pendekatan yang dibawakan Suzuki untuk model ini jelas untuk memenuhi keperluan yang ‘simple’ kepada pemilik.

Keunikan Jimny Rhino Edition semakin jelas apabila jentera ini membelah jalan raya, di mana semua mata melirik kepadanya.

Bukan sekadar reka bentuknya unik, malah kefungsian juga seolah-olah menjurus kepada mereka yang benar-benar menghargai sebuah jentera.

Dari aspek prestasi, model ini memberikan pemandu pemanduan santai seperti bersiar-siar kerana ia bukannya ‘dilahirkan’ untuk dipandu laju.

Jimny Rhino Edition hadir dengan tayar ganti yang berada pada belakang but dan lengkap dengan sarung ‘badak sumbu’.

Walaupun penulis tidak mencuba di laluan off-road, Naza Eastern Motors mendedahka­n jentera ini memiliki kemampuan ‘mild offroad’ di mana boleh digunakan untuk aktiviti lasak yang sederhana.

Kesimpulan­nya, jika anda seorang ‘collector’, mungkin Jimny berada dalam senarai menunggu. Bagi ‘collector’ harga bukanlah masalah kerana minat mahal seharusnya seiring dengan kemampuan.

 ?? ??
 ?? ?? Keistimewa­an SUV mini ini bukan sekadar ditonjolka­n menerusi gaya luaran.
Keistimewa­an SUV mini ini bukan sekadar ditonjolka­n menerusi gaya luaran.
 ?? ?? Jimny Rhino Edition bukan bawa imej warisan retro Suzuki.
Jimny Rhino Edition bukan bawa imej warisan retro Suzuki.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia