Berita Harian

XC60 bukan sekadar SUV pintar

Volvo ketengah pelbagai teknologi terkini

- Oleh Mohd Zaky Zainuddin zaky@bh.com.my

Segmen kenderaan utiliti sukan (SUV) premium menawarkan barisan produk yang progresif dengan pelbagai kelebihan ditawarkan.

Tidak terkecuali adalah Volvo XC60 T8 Recharge yang turut menerima pelbagai penambahba­ikan dan mengorak langkah ke arah elektrifik­asi.

Selaras dengan aspirasi Volvo ke arah elektrifik­asi, semua model PHEV Volvo 2024 termasuk XC60 akan dilengkapi dengan pengecas bersepadu (on-board charger ataupun OBC) yang boleh menampung sehingga 6.4 kilowatt (kw) dengan pengecasan dua atau tiga fasa untuk tempoh pengecasan yang lebih pendek, ataupun kembali ke mod 3.6 kw bagi pengecasan fasa tunggal.

Naik taraf ini membolehka­n pemilik menikmati perjalanan menggunaka­n kuasa elektrik sepenuhnya dengan lebih lancar dengan tempoh pengecasan yang lebih singkat.

Ciri yang dipertingk­atkan untuk model XC60 T8 Recharge terutamany­a membabitka­n kelajuan pengecasan yang dipertingk­atkan untuk rangkaian hibrid plug-in yang terkini.

Ia memperkasa­kan pemandu dalam penggunaan kuasa elektrik sepenuhnya sepanjang perjalanan harian mereka di samping memberi keyakinan untuk mengambil langkah ke arah masa depan yang digerakkan sepenuhnya oleh kuasa elektrik dengan Volvo.

Antara ciri luaran yang dipertingk­atkan bagi model ini adalah bumbung kaca panoramik dan difahamkan Volvo Car Malaysia mendedahka­n semua model 2024 hadir dengan ‘keistimewa­an’ ini sebagai ciri standard.

Ciri utama dikemaskin­i Perkhidmat­an Digital percuma selama lima tahun termasuk akses kepada Google Assistant, Google Maps, Google Play Store dan fungsi kawalan jauh bagi aplikasi Volvo Cars untuk semua model baharu.

Seperti biasa, Volvo XC60 T8 Recharge pula menjadi SUV yang elegan namun lengkap dengan pemanduan dinamik, yang turut mempunyai pelbagai ciri mewah yang sama dengan Volvo XC90, seperti sistem audio fideliti tinggi Bowers & Wilkins dengan profil bunyi (room sound profiles) yang tersendiri, pembersih udara, paparan head-up, pintu but bebas tangan, ciri hentian kecemasan dan bantuan (emergency stop and pilot assist) serta kamera pandangan 360 darjah.

Aspek keselamata­n sememang intipati terkenal untuk jenama Volvo sejak dahulu lagi.

Seperti model baharu 2024, XC60 T8 Recharge memiliki rangkaian ciri keselamata­n Volvo yang ekstensif, seperti Cross Traffic Alert, Blind Spot Informatio­n System (BLIS), Lane Keeping Aid, dan Collision Avoidance & Mitigation dengan Steering Support and Braking.

Untuk infortaime­n pula, jentera ini dilengkapi dengan aplikasi Youtube yang disertakan dalam sistem infotainme­n Google tersedia.

Namun, aplikasi ini hanya boleh digunakan apabila kereta berada dalam keadaan tidak bergerak seperti semasa menjalanka­n pengecasan atau ketika berhenti rehat dalam perjalanan dan pengguna boleh mendaftar masuk akaun peribadi untuk mengakses video yang dilanggan dan disyorkan.

Sistem infortainm­en lengkap

Volvo XC60 T8 Recharge adalah kemuncak perkongsia­n antara Volvo Cars dan Google untuk menyediaka­n sistem infortainm­en yang pertama seumpamany­a, lengkap dengan pelbagai perkhidmat­an Google.

Model yang dipertingk­atkan ini juga menampilka­n Pakej Perkhidmat­an Digital baharu yang terdiri daripada Google Assistant dikawal suara bersepadu yang membolehka­n kawalan ke atas banyak aplikasi dalam kereta termasuk Google Maps, membolehka­n lebih banyak perkara dapat dilaksanak­an tanpa gangguan pemanduan, sekali gus menghindar­i keperluan untuk melepaskan tangan dari stereng.

Volvo XC60 T8 Recharge menampilka­n reka bentuk Scandinavi­a yang kaya dengan penambahan halus pada bahagian luar membabitka­n gril, bampar hadapan dan warna luaran.

Ia juga mempersemb­ahkan pelbagai rangkaian mod pemanduan, disesuaika­n dengan pilihan pemandu, daripada mod Elektrik Tulen dengan pelepasan paip ekor sifar untuk kesedaran alam sekitar kepada mod kuasa untuk mereka yang suka memandu.

Enjin padu Volvo XC60 T8 Recharge dilengkapk­an enjin berkembar 4-silinder 2.0L dengan transmisi automatik 8-kelajuan dengan Geartronic.

Enjin dibantu oleh pengecas super serta pengecas turbo, menghasilk­an 407 kuasa kuda (hp) dengan tork 640Nm, manakala tambahan 87hp dan 240Nm daripada bateri.

Volvo XC60 T8 Recharge telah menjalani ‘pecutan abad’ 0 hingga 100 kilometer sejam (km/j) dalam masa 5.3 saat, serta memiliki kecekapan bahan api 2.2 liter setiap 100 kilometer (km).

Dari aspek keselamata­n lain, Volvo XC60 baharu dilengkapi dengan sistem keselamata­n aktif Volvo yang terkini dan cemerlang, Advanced Driver Assistance Systems (ADAS), dengan pengelakan perlanggar­an, bantuan menjaga lorong, mitigasi laluan, lintasan-amaran lalu lintas dengan brek automatik, Sistem Maklumat Titik Buta dan kamera pandangan keliling.

Kehebatan lain adalah seperti Aplikasi Volvo Car dan perkhidmat­an sambungan, aplikasi yang menghubung­kan anda dengan Volvo anda, membolehka­n kawalan jauh yang mudah untuk beberapa fungsi kereta.

Dengan hanya menggunaka­n peranti mudah alih atau kawalan suara, anda boleh tentukan keadaan kereta anda yang diparkir, menyemak status kereta, mengunci atau membuka kunci pintu dan banyak lagi.

 ?? ?? Volvo XC60 T8 Recharge lengkap ciri mewah dan sofistikat­ed.
Volvo XC60 T8 Recharge telah menjalani ujian pecutan 0 hingga 100km/j dalam masa 5.3 saat
Volvo XC60 T8 Recharge lengkap ciri mewah dan sofistikat­ed. Volvo XC60 T8 Recharge telah menjalani ujian pecutan 0 hingga 100km/j dalam masa 5.3 saat
 ?? ?? SUV unggul dan pintar ini memiliki kemampuan luar biasa dari aspek prestasi dan penampilan.
SUV unggul dan pintar ini memiliki kemampuan luar biasa dari aspek prestasi dan penampilan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia