Berita Harian

Balik ke landasan semula selepas Tuah Alam lahir

Kelahiran cahaya mata suntik energi baharu dalam dunia lakonan Remy

- Oleh Serimah Mohd Sallehuddi­n bhnews@bh.com.my

Fasa pandemik COVID-19 yang melanda seluruh dunia lebih tiga tahun lalu memberi kesan bukan sedikit kepada aktor Remy Ishak.

Remy berkata, hidupnya menjadi tak keruan apabila segala aktiviti terpaksa dihentikan sehingga meletakkan­nya dalam fasa kemurungan.

Bagaikan hilang arah dan terabaraba mencari hala tuju kehidupan, namun kehadiran cahaya mata, Tuah Alam yang kini berusia lima bulan umpama membawa sinar baharu buat aktor berusia 41 tahun itu.

Katanya, dia benar-benar dapat merasakan perubahan dalam hidupnya selepas kehadiran permata hati hasil ikatan cinta bersama isteri, Ezza Yusof.

“Saya umpama dapat kehidupan baru kembali menjadi Remy Ishak selepas kehadiran Tuah Alam.

“Sebelum itu, hidup saya tak keruan sehingga saya terpinga-pinga tidak tahu apakah perjalanan hidup saya selepas ini.

“Tapi, sebaik saja Tuah Alam lahir, saya bagaikan dapat satu energi baru dan kembali semula pada trek serta kembali menjadi Remy Ishak,” katanya kepada HIP ketika ditemui pada majlis pengumuman barisan pelakon filem Keluang Man, baru-baru ini.

Ujar Remy lagi, kehadiran Tuah Alam juga membuatkan­nya seolah-olah menemui cinta baharu.

“Saya rasa macam jatuh cinta semula. Bila lelaki jatuh cinta, itu bahaya kerana boleh menguasai dunia.

“Alhamdulil­lah, saya dapat kembali rentak yang hilang. Selepas Tuah Alam hadir, dapat tawaran membintang­i filem Keluang Man dan ia meletakkan saya kembali pada trek betul.

“Saya tak nafikan, kerjaya agak ‘sejuk’, tapi sekarang sudah kembali rancak dan saya bakal sibuk.

“Saya percaya bukan saya seorang, tetapi hampir semua orang terkesan ketika pandemik. Tiba-tiba semua terpaksa menarik hand-break,” katanya.

Lebih yakin berjumpa orang ramai

Terlalu teruja dengan kehadiran pewarisnya, Remy mengakui seronok melalui proses sebagai bapa biarpun tidak tidur malam.

Remy yakin semua lelaki yang melalui fasa sebagai bapa pasti merasakan kegembiraa­n sama sepertinya.

Malah, kata Remy, kehadiran Tuah Alam juga menyebabka­nnya lebih yakin berhadapan orang ramai.

“Saya seronok melalui proses tak tidur malam. Bagi saya, ia langsung tak mengganggu kehidupan saya.

“Selepas kehadiran anak, saya juga dapat rasakan perubahan di mana saya lebih yakin berjumpa orang ramai.

“Sebelum ini, saya agak gementar nak berhadapan media, tapi kini saya rasa lebih santai dan yakin,” katanya.

Ditanya adakah sudah bersedia berpisah lama dengan Tuah Alam memandangk­an bakal sibuk dengan persiapan dan penggambar­an filem Keluang Man, Remy berkata, ia bukanlah satu masalah kerana boleh berjumpa anaknya di set.

“Penggambar­an bukan dilakukan di London. Jadi saya masih boleh minta isteri bawakan Tuah ke set.

“Saya tiada masalah bawa anak, tapi kena tengok lokasi. Kalau jauh mungkin tidak,” katanya.

Sementara itu, berbicara mengenai watak Shamsir dalam filem diadaptasi daripada siri animasi popular era 90-an itu, Remy berkata, dia tidak sabar untuk masuk ke set selepas Aidilfitri tahun depan.

Katanya, dia kini perlu mempersiap­kan fizikal dan mental demi watak Shamsir, di mana akan melakukan perubahan pada penampilan agar tidak kelihatan sama dengan karakter pernah dilakonkan sebelum ini.

 ?? ??
 ?? (Foto Mohamad Shahril Badri Saali/bh) ?? Tuah Alam membawa sinar baharu dalam hidup Remy selepas berdepan kemurungan yang panjang.
(Foto Mohamad Shahril Badri Saali/bh) Tuah Alam membawa sinar baharu dalam hidup Remy selepas berdepan kemurungan yang panjang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia