Berita Harian

Alhumaira luahan cinta, kesetiaan Lah Ahmad

-

Sebagai cara ekspresi rasa syukur dan kesetiaan kepada wanita dicintai, penyanyi Lah Ahmad tampil dengan single baharu berjudul Alhumaira memiliki maksud mendalam sekiranya bait lirik dihayati dengan baik.

Lah atau nama sebenar, Abdullah Ahmad, 43, berkata Alhumaira adalah lagu berkonsepk­an balada dan R&B yang menjadi kolaborasi pertama dengan komposer dan penulis lirik, Hafiz Hamidun.

“Ini kali pertama saya berkolabor­asi dengan Hafiz sebagai penerbit dan komposer lagu ini. Walaupun kami adalah rakan industri muzik dan beberapa kali membuat persembaha­n bersama, namun kerjasama kali ini sangat istimewa.

“Apabila Hafiz mengirimka­n ‘demo’ Alhumaira, saya dapat merasakan kekuatan melodi lagu ini dan sangat dekat dengan perasaan saya.

“Selepas berbincang melalui pihak pengurusan dan Hafiz, kami bersetuju merakamkan lagu ini.

“Sesi rakaman berlangsun­g pada pertengaha­n Oktober lalu iaitu dua minggu selepas Konsert Jatuh Cinta di Istana Budaya,” katanya kepada HIP ketika sidang media pelancaran lagu Alhumaira, baru-baru ini.

Lah yang juga bekas anggota kumpulan vokal, VE berkata, Alhumaira mempunyai keunikan tersendiri, lebih lagi dari sudut maksud lagu berkenaan.

Malah, katanya, disebabkan dirinya berstatus suami, maka sedikit sebanyak memudahkan mendapatka­n penghayata­n penuh ketika menyanyika­n lagu berkenaan.

“Sebagai penyanyi, saya akan mendalami maksud lirik yang ingin disampaika­n.

Selepas menghayati bait lirik lagu, saya merasakan Alhumaira bukan sekadar lagu cinta semata-mata.

“Akan tetapi, lagu ini menceritak­an mengenai percintaan, kesyukuran dan kesetiaan lelaki kepada wanita yang dicintai.

“Saya juga seorang suami, jadi lagu ini begitu istimewa jika disampaika­n untuk isteri tersayang. Bagi saya, kelembutan wanita akan dikuatkan oleh janji dan kesetiaan suami.

“Saya harap pendengar dapat merasakan perasaan yang sama,” kata Lah yang turut aktif dalam bidang lakonan.

Alhumaira sudah boleh distrim di semua platform digital muzik, manakala lirik video rasmi boleh ditonton di saluran Youtube Arteffects Media.

Single berkenaan diterbitka­n Arteffects Sdn Bhd dan diedarkan Sony Music Entertainm­ent Sdn Bhd.

 ?? ?? Lah Ahmad
Lah Ahmad

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia