Berita Harian

Tok Gajah kena lebih waspada amukan JDT

Zarif percaya Harimau Selatan mahu bangkit selepas dibelasah Kawasaki

- Oleh Asrol Awang bhsukan@bh.com.my

Kuantan: Sri Pahang FC menjangkak­an Johor Darul Ta’zim (JDT) bakal ‘mengamuk’ pada aksi Liga Super di Stadium Darul Makmur, esok.

Justeru, penjaga gol Tok Gajah, Zarif Irfan Hashimuddi­n, berkata dia bersama rakan sepasukan perlu lebih bersedia berdepan serangan skuad Harimau Selatan.

“Saya jangkakan JDT akan mempamerka­n persembaha­n terbaik terutama mereka mahu mengutip tiga mata sekali gus di landasan mengekalka­n rekod tanpa kalah.

“Lagipun, pada masa sama mereka baru sahaja dibelasah 0-5 di tangan kelab Jepun, Kawasaki Frontale pada aksi Liga Juara-juara Asia (ACL), Selasa lalu.

“Justeru, kami perlu lebih berwaspada dan bekerja keras untuk memastikan tidak kehilangan mata selepas tewas dua perlawanan berturut-turut di tangan PDRM FC dan Penang FC.

“Bagi saya peluang untuk mencatat kemenangan 50-50, tetapi ia tidak mustahil dilakukan untuk menamatkan kedudukan terbaik dalam Liga Super musim ini,” katanya.

Ditanya pemain Harimau Selatan yang perlu diawasi, Zarif Irfan berkata, mereka adalah Arif Aiman Hanapi, Fernando Forestieri, Juan Muniz dan Bergson Da Silva.

JDT perlu disekat

Katanya, kelebihan yang dimiliki JDT perlu disekat untuk memastikan keputusan positif diraih di hadapan penyokong Tok Gajah.

“Beraksi di halaman sendiri dengan sokongan diberikan peminat, kami akan berusaha yang terbaik untuk memberikan tentangan kepada JDT,” katanya.

Dengan berbaki dua perlawanan saingan Liga Super musim ini, skuad kendalian Fandi Ahmad berada di kedudukan kelima dengan mengutip 44 mata selepas mengharung­i

24 perlawanan.

 ?? ?? Zarif Irfan
Zarif Irfan

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia