Berita Harian

Kim Swee tak perlu pening lagi

-

Kuala Lumpur: Kejayaan meraih tiket ke separuh akhir zon ASEAN Piala AFC lebih awal memberikan kelegaan besar buat ketua jurulatih Sabah, Datuk Ong Kim Swee.

Meskipun masih berbaki satu perlawanan dalam Kumpulan H, apa sahaja keputusan berdepan kelab Indonesia, PSM Makassar di Stadium Likas, 14 Disember ini tidak menjejaska­n kedudukan Sabah selaku juara kumpulan.

Justeru, Kim Swee ketika ini boleh memberi lebih fokus kepada baki dua perlawanan Liga Super berdepan Perak, Ahad ini sebelum aksi terakhir menentang Kedah Darul Aman (KDA), 17 Disember.

“Pada perlawanan berdepan PSM Makassar nanti sekurangku­rangnya kami boleh lakukan penggilira­n pemain dan ia mungkin memberi lebih kesegaran kepada pasukan untuk menghadapi Kedah dalam aksi terakhir Liga Super,” kata Kim Swee.

Skuad Badak mengesahka­n kedudukan selaku juara Kumpulan H dan mara ke separuh akhir zon ASEAN Piala AFC selepas menewaskan wakil Singapura, Hougang United 4-1 di Stadium Jalan Besar, kelmarin.

Kemenangan itu menyaksika­n

Sabah mengumpul 12 mata hasil daripada empat kemenangan dan tewas sekali manakala Hai Phong FC dan PSM Makassar yang menghuni tangga kedua dan ketiga terikat dengan tujuh mata.

Selain itu, Kim Swee memuji persembaha­n keseluruha­n barisan pemainnya yang beraksi pada tahap terbaik untuk meraih tiga mata penting berdepan Hougang yang berada di kedudukan tercorot kumpulan dengan hanya

mengumpul tiga mata dalam lima perlawanan.

“Saya fikir pemain tahu apa yang mereka perlu lakukan termasuk menyesuaik­an diri dengan situasi (hujan) dan kami mendapat gol yang kami mahu yang mana ia sangat penting.

“Sudah pasti sasaran pertama kami untuk layak ke pusingan seterusnya dan kami kini melangkah ke separuh akhir zon ASEAN. Ia satu pencapaian bagus,” katanya.

 ?? (Foto FB Sabah FC) ?? Pemain Sabah meraikan kejayaan menewaskan Hougang United, kelmarin.
(Foto FB Sabah FC) Pemain Sabah meraikan kejayaan menewaskan Hougang United, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia