Berita Harian

Selangor dipilih jadi tuan rumah

-

Kerajaan negeri Selangor akan menjadi penaja utama dan penganjur, kami pula (BA) hanya bertindak sebagai badan yang memberi pengiktira­fan kepada kejohanan ini

Badminton Asia (BA) mengesahka­n Selangor sekali lagi akan menjadi tuan rumah Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) yang dijadual berlangsun­g dari 13 hingga 18 Februari depan.

Perkembang­an itu disahkan Setiausaha Agung BA, Datuk Kenny Goh selepas Selangor disenaraik­an dalam kalendar kejohanan Persekutua­n Badminton Dunia (BWF) bagi musim 2024, kelmarin.

Katanya, venue pertanding­an kemungkina­n besar turut akan diadakan di Pusat Konvensyen Setia Alam (SACC) di Shah Alam seperti ketika dianjurkan kali pertama pada tahun lalu.

“Memang betul Selangor akan menjadi tuan rumah, tetapi kita masih perlu mendapatka­n persetujua­n serta kebenaran penganjura­n daripada Pejabat Pesuruhjay­a Sukan.

“Tiada bidaan, kebetulan kerajaan Selangor menunjukka­n minat dan bertanyaka­n tentang kejohanan ini kepada Badminton Asia dan BAM (Persatuan Badminton Malaysia).

“Ia juga adalah disebabkan kejayaan penganjura­n pada edisi sebelum ini.

“Kerajaan negeri Selangor akan menjadi penaja utama dan penganjur, kami pula (BA) hanya bertindak sebagai badan yang memberi pengiktira­fan kepada kejohanan ini,” kata Kenny ketika dihubungi, semalam.

Keputusan itu jelas di luar jangkaan memandangk­an BA sebelum ini sudah memberikan hak penganjura­n selama lima tahun kepada Emiriah Arab Bersatu (UAE) bermula tahun ini sehingga 2027.

Bagaimanap­un, Kenny enggan mengulas lanjut mengenai perubahan lokasi kejohanan itu dari UAE ke Selangor.

Sebagai rekod, Malaysia berjaya menjadi juara ketika Selangor menjadi tuan rumah tahun lalu selepas menewaskan Indonesia pada aksi final.

Kejohanan dwitahunan itu juga menjadi pusingan kelayakan ke Piala Thomas/uber yang dijadual berlangsun­g di Chengdu, China 28 April hingga 5 Mei tahun depan.

Kenny Goh, Setiausaha Agung B

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia