Berita Harian

Ambil pengajaran perang Palestin-israel

- Oleh Dr Syakir Amir Ab Rahman bhrencana@bh.com.my

Konflik Palestin bukan satu isu baharu dan singkat. Konflik ini bermula sejak Perang Dunia Pertama sekitar 1914-1918 dan lebih tepat lagi apabila Baitulmaqd­is dan Palestin jatuh ke tangan British selepas menewaskan Empayar Islam Uthmaniyya­h sekitar 1920-an.

Penjajahan British di rantau Arab menjadi detik permulaan perpindaha­n bangsa Yahudi yang menjadi pelarian ke Palestin. Kini, rejim Zionis yang lahir daripada golongan pelarian Yahudi dari sekitar Eropah mendominas­i Palestin dengan kekerasan dan tidak berperikem­anusiaan. Tidak terhitung jumlah rakyat Palestin khasnya kanak-kanak dan wanita terkorban sepanjang kezaliman ini, terutama selepas 1948.

Malangnya, masih ramai rakyat Malaysia tidak mengetahui dan memahami asal usul dan punca konflik Israel-palestin walaupun rata-rata menyatakan solidariti bersama Palestin. Hakikatnya, kurang di antara kita mengkaji dan memahami konflik ini. Lebih menyedihka­n, ada segelintir kelompok menjadikan solidariti ini satu program hiburan diraikan.

Bukan itu sahaja, penipuan dan perbuatan mengambil kesempatan terhadap konflik ini turun menunjukka­n kedangkala­n manusia dalam kalangan masyarakat kita dan dunia hari ini. Ramai beranggapa­n ini adalah konflik agama. Ada sesetengah pihak menjadikan konflik Palestin sebagai perdebatan politik.

Walhal, kepunahan rakyat Palestin adalah akibat cengkaman rejim Zionis Israel dan ia satu isu kemanusiaa­n sejagat. Ini menjadi tanggungja­wab semua masyarakat berbilang kaum dan agama untuk menentang tindakan Israel dan tidak boleh dijadikan satu pilihan.

Tanpa prejudis, anak muda di negara ini juga semakin tenggelam dengan kelalaian. Jati diri dan identiti ketimuran semakin menipis akibat pengaruh budaya Barat. Sikap tiada kesungguha­n dalam memajukan diri dengan melengkapk­an dengan kemahiran dan ilmu amat merisaukan.

Gajet, media sosial kuasai kehidupan

Apatah lagi apabila kehidupan manusia hari ini, terutama generasi muda ‘melekat’ dengan gajet, terutama telefon pintar kerana tarikan media sosial seperti Tiktok, Instagram dan Facebook serta permainan dalam talian sehingga terlupa tanggungja­wab diri kepada agama serta kehidupan.

Rakyat Malaysia khususnya golongan belia perlu meletakkan isu di Palestin sebagai satu hikmah perlu dipelajari dan direnungi. Ada pengajaran dan kebaikan yang boleh diambil untuk dijadikan peringatan kepada manusia untuk berfikir bagaimana untuk mengelak konflik sama berlaku di negara ini.

Anak muda disaran menguasai dan menjadi pakar dalam setiap industri tempatan, sama ada dalam bidang ekonomi, pendidikan, kesihatan atau kesenian. Dengan ini kita mampu memonopoli industri tempatan dan pasaran dunia tanpa bergantung sepenuhnya dengan rantaian bekalan dari luar negara khususnya berkaitan dengan tipu muslihat rejim Zionis.

Ramai dalam kalangan belia meminati bidang digital, maka teknologi digital ini perlu dipelajari dan dikuasai dengan sasaran untuk meningkatk­an penguasaan ekonomi tempatan dan industri halal dalam bidang berkenaan supaya menjadi antara sumber lestari negara.

Menyelesai­kan konflik Palestin bukan satu urusan ringkas dan mudah apatah lagi, kejayaan tidak akan berlaku tanpa usaha bersama. Semua pihak di negara ini harus memberikan kesedaran dan memastikan penindasan zalim rejim Zionis dihentikan dan ia memerlukan sokongan golongan belia supaya lebih prihatin dan mengenali asas perjuangan rakyat Palestin.

Sikap pengorbana­n, kecekalan dan berserah kepada ketentuan Allah harus dicontohi dan diteladani. Naratif dimainkan media tempatan amat penting bagi memangkin kesedaran ini.

Konflik Palestin adalah isu sejagat, bukan satu pilihan, namun satu tanggungja­wab bersama untuk memastikan bumi Palestin bebas daripada cengkaman Israel dan rakyatnya hidup makmur dan bebas seperti negara berdaulat lain.

 ?? ?? Timbalan Dekan (Pembanguna­n Pelajar dan Penglibata­n Komuniti), Kulliyyah Senibina dan Reka Bentuk Alam Sekitar, Universiti Islam Antarabang­sa Malaysia (UIA)
Timbalan Dekan (Pembanguna­n Pelajar dan Penglibata­n Komuniti), Kulliyyah Senibina dan Reka Bentuk Alam Sekitar, Universiti Islam Antarabang­sa Malaysia (UIA)

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia