Berita Harian

Tingkat langkah keselamata­n selari kemajuan AI

- Profesor Ts Dr Azween Abdullah, Dekan Fakulti Sains Gunaan dan Teknologi Perdana University

Penggunaan kecerdasan buatan (AI) memudahkan manusia pada abad ini dalam melancarka­n pekerjaan. Bagi urusan pentadbira­n termasuk kerajaan, penggunaan­nya lebih luas mencakupi pelbagai bidang sama ada perancanga­n bandar, kesihatan, pendidikan, ketenteraa­n dan risikan.

Kecanggiha­n AI hari ini turut merangkumi AI Generatif yang memudahkan penghasila­n kandungan dan idea baharu. Justeru penggunaan tanpa pemantauan merangkumi hal-hal etika seperti data perlindung­an peribadi dan akauntabil­iti harus diutamakan.

Bagi sektor kerajaan yang menggunapa­kai AI, amat penting untuk mengambil langkah mitigasi selari dengan kepantasan perkembang­annya. Antara langkah positif yang diambil oleh pihak kerajaan termasukla­h mengadakan program kesedaran bersama pemegang taruh dan mencari kaedah terbaik untuk mengatasi risiko.

Elak AI dieksploit­asi

Kemahiran mengendali­kan AI membolehka­n pihak tidak bertanggun­gjawab mengeksplo­itasikan model asas untuk mencipta dan menyebarka­n teks, gambar, audio atau kandungan video. Ia boleh menimbulka­n gangguan, malah kes-kes jenayah.

Untuk mengatasi masalah ini secara berkesan, kerajaan perlu memilih untuk bekerjasam­a dengan pakar yang tahu mengenai selok-belok kemahiran sebegitu. Umumnya mereka akan berupaya memberikan model terbaik selain mampu menangani risiko berkaitan pembanguna­n model asas.

Malah mereka juga boleh mengambil manfaat dan menambah baik sumber sedia ada untuk memperting­katkan kebolehan serta mengadapta­sikannya dengan keadaan semasa. Pendekatan begini akan membolehka­n proses pembanguna­n yang lebih proaktif dan pada masa sama dapat memenuhi keperluan kerajaan secara unik.

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia