Berita Harian

Pelaburan bersasar tangani isu banjir, capai matlamat SDG

Salah satu sasaran Malaysia menjelang 2030 adalah membina daya tahan golongan miskin dan rentan serta mengurangk­an kelemahan mereka terhadap pelbagai bencana berkaitan iklim ekstrem, ekonomi, sosial dan alam sekitar Dasar kerajaan, insentif untuk pembinaa

- Ahli Jawatankua­sa di Institut Arkitek Diraja British (RIBA) Oleh Sharika Tasnim bhrencana@bh.com.my

Kerajaan dilaporkan memperuntu­kkan RM15 bilion bagi Rancangan Tebatan Banjir (RTB) hingga 2030 sebagai strategi jangka panjang menghadapi perubahan iklim di seluruh negara. Banjir dan kemusnahan harta benda, tanaman dan pertanian tidak boleh dipisahkan.

Justeru, ia menuntut pelaburan yang tinggi terutama membina rumah mampu milik berdaya tahan terhadap banjir bagi meningkatk­an tahap keselamata­n komuniti serta menggalakk­an kemampanan dan daya tahan jangka panjang.

Pelaburan dalam perumahan tahan banjir dapat meningkatk­an daya tahan bandar terhadap bencana alam. Usaha ini memerlukan perancanga­n teliti, reka bentuk kreatif dan dedikasi untuk mewujudkan ruang bandar mampan, inklusif dan makmur.

Berdasarka­n temu bual ketahanan terhadap banjir dan mencapai kelestaria­n, pihak berkuasa tempatan (PBT) di Selangor pernah menyatakan mengenai keperluan meningkatk­an kesedaran perubahan dan memahami matlamat pembanguna­n mampan supaya pihak berkepenti­ngan tidak lupa mereka perlu menggabung­kan reka bentuk ketahanan banjir bagi mencapai matlamat pembanguna­n lestari (SDG).

Selain itu, PBT di Putrajaya mengulas perlunya menggalakk­an pihak berkepenti­ngan untuk mewujudkan persekitar­an tahan banjir dan menyemai kesedaran ini ketika mereka masih berstatus pelajar. Ini boleh dicapai melalui kursus dan bengkel tertumpu kepada isu ini ketika belajar di universiti.

Penyelidik­an dan pembanguna­n (R&D) juga penting dalam kalangan perunding dan profesiona­l untuk menangani bidang ini. Dengan meningkatk­an kesedaran melalui pendidikan dan penyelidik­an, pihak berkepenti­ngan dapat memahami lebih baik kepentinga­n ketahanan banjir untuk mencapai SDG.

Objektif utama Matlamat Pembanguna­n Lestari Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (SDGS) adalah untuk membasmi kemiskinan menjelang 2030. Salah satu sasaran Malaysia menjelang 2030 adalah membina daya tahan golongan miskin dan rentan serta mengurangk­an kelemahan mereka terhadap pelbagai bencana berkaitan iklim ekstrem, ekonomi, sosial dan alam sekitar.

Bagi mencapai objektif ini, penting untuk melindungi masyarakat paling lemah, meningkatk­an akses kepada perkhidmat­an penting dan memberikan bantuan semasa krisis. Perumahan tahan banjir mampu milik adalah amat penting kepada penduduk.

Ia memberi peluang kepada penduduk lemah dan terdedah kepada ancaman untuk mengakses tempat perlindung­an selamat, mengurangk­an kemiskinan dan meningkatk­an kualiti hidup.

Tingkat kesihatan, kesejahter­aan penduduk

Bagi meningkatk­an kesihatan dan kesejahter­aan manusia, penting untuk mengutamak­an penyediaan air selamat, sanitasi dan kebersihan kepada semua individu. Objektif ini asas kepada SDG 6.

Selain itu, usaha ini perlu menggabung­kan teknologi cekap air dan sistem pengurusan sisa dalam reka bentuk perumahan mampan bagi meningkatk­an pemulihara­an serta kualiti air, terutama di kawasan terdedah kepada banjir.

SDG 7 pula memberi tumpuan kepada tenaga boleh diakses dan bersih untuk kemajuan pertanian, perniagaan, pendidikan, penjagaan kesihatan dan pengangkut­an.

Sebagai langkah memastikan sumber tenaga mampan, penting untuk menggabung­kan sistem tenaga boleh diperbahar­ui seperti panel solar atau turbin angin ke dalam pelan perumahan tahan banjir. Pendekatan ini berkesan untuk mengurangk­an pergantung­an pada grid kuasa tradisiona­l sering terdedah kepada gangguan ketika banjir.

Dalam SDG 9, ia menuntut penubuhan infrastruk­tur berdaya tahan, peningkata­n inovasi dan galakan perindustr­ian mampan. Teknik dan bahan inovatif digunakan untuk membangunk­an perumahan tahan banjir berpotensi besar menyumbang kepada kemajuan teknologi dan infrastruk­tur.

SDG 11 mengiktira­f kesan besar pembandara­n terhadap pembanguna­n mampan. Oleh itu, penting untuk mewujudkan bandar dan penempatan manusia inklusif bagi menangani cabaran pembandara­n dan memanfaatk­an peluangnya yang luas untuk menggalakk­an pembanguna­n mampan.

Jika diteliti SDG 13, ia memerlukan tindakan diambil untuk menangani isu perubahan iklim dan impaknya. Perubahan iklim pada masa ini memberi kesan kepada setiap negara seluruh dunia. Reka bentuk perumahan tahan banjir boleh merangkumi ciri penyesuaia­n iklim mengurangk­an kesan buruk banjir dan meningkatk­an daya tahan iklim.

Ciri penyesuaia­n iklim termasuk membina unit perumahan dengan kualiti asas dipertingk­atkan bagi mengurangk­an risiko penyusupan air banjir dan kerosakan struktur. Bahan binaan tahan banjir boleh digabungka­n untuk kedua-dua bahagian luar dan dalam unit perumahan bagi meningkatk­an daya tahan terhadap kerosakan air dan kesan hakisan banjir.

Salutan dan pengedap kalis air boleh digunakan pada dinding, lantai dan bumbung untuk mewujudkan pelindung menghalang penyusupan air. Sistem pengurusan air ribut cekap juga perlu diwujudkan untuk mengumpul dan mengalih air hujan dari kawasan kediaman.

Pelaksanaa­n bumbung hijau merangkumi tumbuh-tumbuhan serap air hujan dan berupaya mengurangk­an aliran air. Bumbung hijau menawarkan penebat tambahan dan membantu pengawalan suhu dalaman. Unit perumahan harus dibangunka­n dengan laluan kecemasan mudah diakses dan selamat ketika bencana banjir.

Tangga dan laluan pejalan kaki bertingkat membolehka­n penduduk berpindah ke tempat lebih tinggi, selain membina ruang komuniti bertingkat dalam rumah berfungsi sebagai tempat perlindung­an sekiranya berlaku banjir.

Bagi mengurangk­an hakisan tanah dan meningkatk­an daya tahan banjir, tumbuhan asli dan penyesuaia­n iklim ke dalam landskap wajar digabungka­n. Landskap direka dengan baik boleh membantu menyerap lebihan air hujan.

Sementara itu, bagi memastikan bekalan tenaga dan air mampan ketika dan selepas banjir, penting untuk menyepaduk­an sumber tenaga boleh diperbahar­ui, seperti panel solar dan sistem penuaian air hujan.

Merealisas­ikan SDGS memerlukan kerjasama antara kerajaan, sektor swasta dan masyarakat. Pembinaan rumah tahan banjir dan mampu milik memerlukan kerjasama pelbagai pihak berkepenti­ngan.

Dasar kerajaan, insentif untuk pembinaan mampan dan perkongsia­n dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO), pakar industri dan komuniti tempatan boleh menyumbang kepada merealisas­ikan visi Malaysia mencapai SDG. Usaha ini boleh menyumbang kepada pelaksanaa­n berkesan rumah tahan banjir dan mampu milik di Malaysia.

 ?? ??
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia