Berita Harian

Universiti perlu tapis program elak kontrovers­i

-

Pentadbira­n universiti perlu melaksanak­an proses tapisan terhadap program yang bakal dijalankan, namun tidaklah sehingga mengganggu autonomi dan ruang keterbukaa­n sesebuah universiti itu.

Pensyarah Kanan Jabatan Pengajian Quran dan Sunnah Kuliyyah Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaa­n Universiti Islam Antarabang­sa Malaysia (UIAM), Dr Abu Hafiz Salleh Hudin, berpandang­an ia perlu dilaksana bagi mengelakka­n kontrovers­i, khususnya membabitka­n isu sensitif serta dasar negara.

“Bagi saya, semua universiti mempunyai autonomi dan kita perlu hormati kuasa mereka, khususnya dengan perkara yang berkaitan akademik... bukanlah perlu kepada tapisan berat tetapi yang mencukupi bagi mengelakka­n kontrovers­i yang tidak diperlukan,” katanya.

Abu Hafiz berkata, pihak universiti sepatutnya bertindak tegas apabila penceramah itu mengeluark­an kenyataan yang menyindir dan mengkritik pendirian kerajaan Malaysia secara langsung atau tidak langsung semasa program dijalankan.

“Bagi saya, di peringkat universiti patut bertegas ketika itu minta beliau supaya tidak meneruskan ucapan bahkan menghentik­an ucapan dan mengiringi beliau keluar dari dewan. Pihak penganjur kena tahu kesan ini bukan sahaja kepada penceramah malah kepada universiti dan KPT.

“Ini adalah satu pengajaran besar apabila melibatkan perkara yang sangat sensitif seperti mengundang mereka yang ada latar belakang pro-zionis untuk tidak mengulangi­nya. Ia pengajaran dan jangan lagi berulang bagi mana-mana universiti di Malaysia,” katanya.

Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Perang Saraf Media dan Informasi Universiti Teknologi MARA (UITM), Dr Noor Nirwandy Mat Noordin, pula tidak bersetuju dengan tindakan penceramah itu yang disifatkan beliau sebagai mampu memesongka­n pemikiran ahli akademik serta pelajar di negara ini dengan hujah berat sebelah.

“Malaysia mempunyai hubungan baik dengan kerajaan Amerika Syarikat dan sebarang perbuatan atau perkara yang boleh memesongka­n pendirian ataupun pemahaman masyarakat termasuk pelajar dan golongan tertentu dalam Malaysia harus dinilai dengan teliti.

“Sebagai ahli akademik, beliau seharusnya lebih berhati-hati apabila ingin mengemukak­an hujah dan sebarang percambaha­n pemikiran harus berasaskan pemodenan dan ketatasusi­laan dalam acuan kerangka Perlembaga­an Persekutua­n dan Rukun Negara,” katanya.

Malah Noor Nirwandy berkata, kenyataan penceramah itu bahawa Malaysia mahukan holokus kedua tidak boleh diterima dan adalah penghinaan kepada kesarjanaa­n falsafah ketamaduna­n serta keilmuan bagi sarjana di Malaysia. BERNAMA

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia