Berita Harian

‘Ruhainies mahu jumpa Bella, Sarah’

Pelakon mohon maaf, harap diberi peluang perbetulka­n keadaan

- Oleh Farihad Shalla Mahmud farihad@bh.com.my

Satu demi satu kebenaran terdedah akhirnya pelakon sensasi, Ruhainies tampil buat permohonan maaf secara terbuka terhadap Bella Astillah berhubung kontrovers­i membabitka­n hubunganny­a dan Aliff Aziz.

Ruhainies atau nama sebenarnya, Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas, 31, berharap dapat bersemuka dengan Bella bagi memperbetu­lkan keadaan.

“Dengan penuh rendah diri, saya ingin memohon maaf kepada Bella Astillah atas segala apa yang terjadi. Saya juga ingin bertemu dengan anda bagi menjernihk­an keadaan.

“Saya juga mahu menutup buku, lupakan apa yang berlaku dan kembali gembira,” tulisnya menerusi perkongsia­n dibuat dalam Instagram Story (IGS), pagi semalam.

Hantaran itu turut menjawab persoalan mengapa pelakon drama rantaian, Cukup Derita Itu mengunci mulut terhadap kontrovers­i yang berlaku.

“Saya memilih berdiam diri bukan untuk mengia atau menidakkan tetapi atas niat mengelakka­n sebarang pertelingk­ahan dalam media sosial, sekali gus memanjangk­an isu tersebut.

“Saya juga ingin memohon maaf pada semua pihak yang terkesan dengan segala yang berlaku,” luahnya.

Menerusi hantaran lain, adik kepada pelakon Nur Risteena Munim itu juga mahu bertemu empat mata dengan wanita yang mendakwa dirinya kekasih Aliff Aziz iaitu Sarah Yasmine bagi tujuan sama.

“Saya juga dengan penuh keikhlasan ingin menjemput Sarah Yasmine bersama menyertai pertemuan kami bagi mengakhiri segala kemelut yang berlaku.

“Saya berharap Bella dan Sarah memberi peluang kepada saya untuk bersemuka dengan mereka,” katanya.

Dakwa dipergunak­an Ruhainies

Sebelum ini, Sarah mendakwa dirinya adalah kekasih Aliff, sekali gus membuka episod baharu kecurangan pelakon kelahiran Singapura itu.

Menerusi pendedahan dimuat naik dalam IG, wanita dipercayai kelahiran

Singapura itu turut mendakwa Aliff dipergunak­an oleh Ruhainies.

Rentetan itu, pelbagai pendedahan lain dibuat Sarah dalam IGS yang turut mengaitkan beberapa nama selebriti lain seperti Caprice, Emma Maembong dan Chacha Maembong.

Sarah turut mendedahka­n beberapa perbualan romantis dan perancanga­n disusun Ruhainies dan Aliff dalam aplikasi Whatsapp.

Tindakan pendedahan dilakukann­ya sebagai balasan selepas berasa tertipu dengan Aliff dan Ruhainies.

Kontrovers­i rumah tangga Aliff dan Bella tercetus lagi selepas Aliff ditangkap khalwat dengan Ruhainies di kondominiu­m mewah, di ibu negara, Mac lalu.

Tidak tahan kerap menjadi mangsa curang dan mendakwa Aliff melakukann­ya sebanyak 11 kali, Bella memfailkan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur pada 11 Mac lalu.

 ?? (Foto IG Ruhainies) ?? Ruhainies mohon maaf, harap Bella dan Sarah setuju bersemuka akhiri isu antara mereka.
(Foto IG Ruhainies) Ruhainies mohon maaf, harap Bella dan Sarah setuju bersemuka akhiri isu antara mereka.
 ?? ?? Bella Astillah.
Aliff Aziz.
Bella Astillah. Aliff Aziz.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia