Berita Harian

BN sedia gerak jentera parti demi balas jasa PH

-

Hulu Selangor: Barisan Nasional (BN) menyifatka­n Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Bharu (KKB) sebagai waktu untuk membalas jasa Pakatan Harapan (PH) yang sudah membantu calon UMNO pada beberapa siri pilihan raya sebelum ini.

Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata PKR, AMANAH dan DAP mendukung dan memberi sokongan kepada calon UMNO pada siri PRK membabitka­n Dewan Undangan negeri (DUN) Tioman dan Pelangai, selain Parlimen Kemaman.

Beliau berkata, BN akan menggerakk­an jentera untuk membantu calon PH yang mendukung Kerajaan Perpaduan.

“Itu prinsip kita yang awal lagi sudah dinyatakan. Kita dah gerak jentera UMNO dan MIC untuk jaga lapan PDM (pusat daerah mengundi), termasuk menyantuni komuniti Orang

Asli, pengundi daripada parti kami dan juga pengundi Melayu tidak berparti.

“Kita akan sokong yang mewakili Kerajaan Perpaduan, prinsip kami jika kerusi itu dipunyai salah satu parti komponen dalam Kerajaan Perpaduan, maka kita menghormat­i formula untuk berikan kerusi itu pada parti berkenaan, kecuali jika terdapat swap (pertukaran) dan faktor lain,” katanya selepas mengiringi calon Kerajaan Perpaduan, Pang Sock Tao ke pusat penamaan calon semalam.

Isu rakyat beri kelebihan

Sementara itu, Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin yakin isu kesengsara­an dialami rakyat termasuk bebanan kos hidup akan memberi kelebihan kepada calon blok pembangkan­g.

Beliau juga berkata, keputusan blok pembangkan­g menamakan

calon Melayu untuk PRK Kuala Kubu Bharu bukan bersifat perkauman, tetapi timbul daripada desakan sebahagian besar pengundi yang mahu pembangkan­g memberi peluang kepada calon pemimpin Melayu.

“Dari segi logiknya, di sini ada 47 peratus Melayu, 30 peratus pengundi Cina, India (18

peratus) dan lima peratus lain-lain termasuk Orang Asli.

“Andai dicongak kasar, jika pengundi Melayu keluar lebih 80 peratus, kita menang,” katanya.

Mengenai kenyataan Ahmad Zahid yang yakin 100 peratus, Muhyiddin menegaskan PN sebaliknya yakin 110 peratus.

“...dia (Zahid) yakin, saya pun

yakin. Namun penentunya bukan saya atau dia (Zahid) kerana kami bukan pengundi di sini. Yang penting orang yang ada di Kuala Kubu Bharu.

“Banyak masalah sekarang. Kalau banding Pilihan Raya Negeri, Pilihan Raya Umum Ke-15 dan sekarang masalah semakin bertambah,” katanya.

 ?? (Foto BERNAMA) ?? Ahmad Zahid bersama Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke dan Pengerusi PH Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari mengiringi Sock Tao (tengah) ke Pusat Penamaan Calon di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor, semalam.
(Foto BERNAMA) Ahmad Zahid bersama Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke dan Pengerusi PH Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari mengiringi Sock Tao (tengah) ke Pusat Penamaan Calon di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia