Berita Harian

Kempen tumpu isu rakyat

Calon bertanding fokus gerak kerja pembanguna­n kawasan di Kuala Kubu Bharu

-

Hulu Selangor: Aspek kebajikan belia dan wanita antara fokus akan diketengah­kan calon Kerajaan Perpaduan daripada DAP, Pang Sock Tao sepanjang kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Bharu.

Bekas Setiausaha Akhbar kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan itu menegaskan, beliau komited memperjuan­gkan kebajikan kedua-dua golongan berkenaan, selain menyifatka­n isu terbabit amat dekat di hatinya.

“Sudah tentu perancanga­n atau dasar baharu bagi memperkasa­kan golongan belia dan wanita akan dimasukkan dalam manifesto yang akan dilancarka­n kelak.

“Selain itu, saya akan meneruskan perancanga­n pembanguna­n dan agenda diatur mendiang Lee Kee Hiong, jika diberi peluang mewakili suara rakyat di Kuala Kubu Bharu ini nanti,” katanya ketika ditemui selepas penamaan calon PRK DUN Kuala Kubu Bharu semalam.

PRK DUN Kuala Kubu Bharu diadakan susulan kematian Kee Hiong yang juga bekas Ketua Wanita DAP Selangor akibat kanser pada 21 Mac lalu.

Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor, Kee Hiong, 58 menang dengan majoriti 4,119 undi menewaskan tiga calon lain.

Dalam pada itu, Sock Tao, 31, enggan memberi tumpuan tindakan tidak bertanggun­gjawab segelintir pihak yang menularkan semula ucapannya menghentam Barisan Nasional (BN) ketika berkempen pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).

“Ketika ini, Kerajaan Perpaduan sudah ditubuhkan dan saya sekarang sebagai calon Kerajaan Perpaduan... kita akan bergerak sebagai pasukan dan bekerja keras sepanjang kempen

PRK DUN Kuala Kubu Bharu.

“(Jika tindakan sedemikian berulang) saya tetap akan fokus kepada kempen dan menyampaik­an agenda serta pembanguna­n yang akan dibawa ke kawasan ini,” kata anak kelahiran Ampang, Selangor itu.

Beri khidmat terbaik

Sementara itu, calon Perikatan Nasional (PN) Khairul Azhari Saut, 54, mahu memberikan khidmat terbaik kepada masyarakat di DUN berkenaan sekiranya diberikan mandat.

Anak kelahiran FELDA Sungai Tengi di Kuala Kubu Bharu yang juga Pengurus Besar Global Valley Venture Sdn Bhd itu dipertaruh­kan PN sebagai calon anak tempatan untuk merampas kerusi disandang DAP itu.

Sementara itu, pengurus besar sebuah syarikat logistik yang bertanding atas tiket calon Bebas menggunaka­n logo motosikal, Nyau Ke Xin, 27, berkata penyertaan­nya dalam PRK berkenaan, untuk memperjuan­gkan isu rakyat seperti kos sara hidup dan ekonomi.

Calon Parti Rakyat Malaysia (PRM), Hafizah Zainuddin, 50 pula berkata gerak kerja kempennya pada PRK kali ini akan memfokuska­n kepada isu semasa, selain akan melancarka­n manifesto hari ini.

“Kita akan bertemu dan menjelaska­n kepada rakyat (tentang) perjuangan kami dalam beberapa isu dan janji kami adalah untuk memperbetu­lkan apa yang tidak betul sekarang ini,” katanya.

 ?? ??
 ?? (Foto Eizairi Shamsudin/bh) ?? Kuala Kubu Bharu bakal hadapi saingan empat penjuru.
(Foto Eizairi Shamsudin/bh) Kuala Kubu Bharu bakal hadapi saingan empat penjuru.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia