Berita Harian

‘Elak isu sensitif boleh cetus kekecohan’

-

Kuala Lumpur: Semua pihak diingatkan tidak menyentuh isu sensitif dan menimbulka­n kekecohan sepanjang tempoh kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Bharu.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata perlu dielak perkara bersifat distructiv­e (membinasak­an) atau tidak baik termasuk isu 3R yang merujuk agama, bangsa dan institusi diraja.

“Saya harap semua pihak mematuhi undang-undang ditetapkan dan mengikut Akta Suruhanjay­a Pilihan Raya (SPR).

“Sila kawal tutur kata, ucapan serta tulisan di dalam semua aktiviti kempen dijalankan,” katanya ketika sidang media selepas merasmikan Karnival Pencegahan Jenayah PDRM dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) Bersama Rakan Strategik di Perumahan Awam Sri Sabah di sini, semalam.

Mengulas lanjut, Saifuddin berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) sudah bersiap siaga di PRK DUN Kuala Kubu Bharu bagi menghadapi sebarang kemungkina­n.

Beliau berkata, Ketua Polis Negara juga sudah turun dan berjumpa pasukan polis di daerah berkenaan bagi mengingatk­an pasukannya supaya kekal profesiona­l sepanjang PRK berlangsun­g.

Katanya, fokus utama PDRM adalah memastikan keselamata­n dan ketenteram­an awam dapat dijaga.

Sementara itu, Suruhanjay­a Pilihan Raya (SPR) menubuhkan dua Pasukan Penguat Kuasa Kempen Pilihan Raya bagi memantau aktiviti calon yang bertanding pada PRK ini.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Ghani Salleh, berkata semua kaedah dan bahan kempen dibenarkan selagi tidak mengembang­kan perasaan jahat, tidak puas hati, permusuhan atau berunsur perkauman, serta menyentuh sensitivit­i keagamaan, termasuk isu 3R selain tidak melanggar Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (Akta 5) dan undangunda­ng lain.

“SPR berharap aktiviti berkempen berjalan dalam suasana yang penuh harmoni serta mengikut undang-undang dan peraturan-peraturan yang ditetapkan,” katanya melalui kenyataan semalam.

Beliau berkata, calon yang telah membayar deposit bahan kempen pilihan raya juga tertakluk undang-undang kecil pihak berkuasa tempatan (PBT) bagi tujuan mempamer dan mengedarka­n bahan kempen yang mengandung­i gambar calon, lambang atau simbol parti, serta gambar pemimpin parti gabungan atau komponen.

“Tiada had ditetapkan kepada gambar bagi parti politik yang bertanding dan gambar pemimpin parti politik komponen, gabungan atau pakatan pada bahan kempen pilihan raya,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia