Berita Harian

‘Kerajaan serius atasi isu industri sawit’

-

Kerajaan serius dalam usaha meleraikan isu membabitka­n industri minyak sawit negara yang boleh memberi impak sekiranya tidak ditangani, kata Menteri Perladanga­n dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani.

Ketika memberi jaminan itu, beliau berkata, isu berkaitan alam sekitar dan sosial misalnya boleh menjejaska­n potensi eksport, terutama dalam kedudukan negara yang menghasilk­an 18.5-18.6 tan minyak sawit mentah (MSM).

Malah, jelas beliau, ini akan turut menjejaska­n Kerajaan Persekutua­n dan negeri yang menerima manfaat daripada industri berkenaan dari segi kutipan cukai, selain turut memberi kesan ke atas hampir sejuta pekerja dan 450,000 pekebun kecil di seluruh negara.

“Untuk makluman bersama, kita menghadapi isu besar dunia pada masa ini. Anda tidak melihatnya sebelum ini, namun dalam tempoh 15 tahun lalu, ke mana pun anda pergi, orang bercakap mengenai alam sekitar.

“Jika isu ini tidak ditangani, kita juga yang terjejas. Oleh itu, kerajaan perlu mengaudit (di bawah skim pensijilan Minyak Sawit

Mampan Malaysia (MSPO),” katanya ketika merasmikan Kilang Penapisan Sarawak Oil Palms 2 di Fasa 2 Kawasan Perindustr­ian Kidurong di sini, semalam.

Menjelaska­n selanjutny­a, Johari berkata, Malaysia juga tidak boleh dikenakan tindakan penalti jika didapati tidak mematuhi prinsip dan kriteria Meja Bulat Mengenai Minyak Sawit Mampan (RSPO).

“Dalam setiap kesempatan menemui wakil Kesatuan Eropah (EU), saya sentiasa tekankan jika mereka tidak berpuas hati dengan isu di Malaysia, maka mereka sepatutnya bekerjasam­a erat dengan kita bagi membolehka­n negara seperti kita menjadi penanda aras dunia dari segi minyak makan,” katanya.

Malah, Johari berkata, Malaysia bersedia berbincang dengan wakil terbabit mengenai usaha penambahba­ikan dan menjadi contoh kepada dunia dalam usaha pengeluara­n minyak makan.

Pengeluara­n minyak sawit, katanya, adalah sebuah industri penting di Malaysia yang dapat melonjakka­n ekonomi negara menerusi aktiviti huluan dan hiliran berkaitan. BERNAMA

 ?? (Foto ihsan FB Johari Abdul Ghani) ?? Johari ketika melawat kemudahan Kilang Penapisan Sarawak Oil Palms 2 di Bintulu, semalam.
(Foto ihsan FB Johari Abdul Ghani) Johari ketika melawat kemudahan Kilang Penapisan Sarawak Oil Palms 2 di Bintulu, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia