Berita Harian

Netizen turut mahukan ketua jabatan diperiksa

Pengguna media sosial gesa tinjauan lebih kerap bukan dua kali setahun

- Oleh Tuty Haryanti Ahmad Rodzi bhnews@bh.com.my

Kuala Lumpur: Rata-rata orang ramai bersetuju supaya ketua jabatan sektor awam baik Persekutua­n mahupun negeri melakukan pemeriksaa­n mengejut di jabatan masing-masing.

Pengguna media sosial yang memberi komen menerusi Facebook Berita Harian semalam, turut menggesa pemeriksaa­n dilakukan lebih kerap, bukan sekadar dua kali setahun.

Bagi pemilik akaun Asimah Imah, beliau menyaranka­n pemeriksaa­n dibuat setiap tiga bulan sekali.

Berkongsi pandangan sama, Zul Aboii berkata, dua kali setahun tidak memadai, sebaliknya ia perlu dilaksanak­an sekurang-kurangnya dua kali sebulan.

Bagaimanap­un, kebanyakan netizen juga mahu ketua jabatan menjalani pemeriksaa­n sama yang turut dijalankan secara mengejut.

“Ketua pejabat ini yang perlu dibuat pemeriksaa­n mengejut sebab tahu mengarah sahaja, tetapi tanggungja­wab dia tidak buat kerana semua bagi staf bawahan yang buat,” kata Fuad Othman.

Elak salah guna jawatan

Bagi Rizal Zaini, dia mahu pegawai dan orang atasan turut diperiksa kerana mendakwa kelompok berkenaan hanya bekerja ikut suka mereka.

“Cuba periksa pegawai, orang atasan. Kerja ikut suka dia. Datang entah jam berapa, perangai entah apa-apa, buat macam bos syarikat sendiri.

“Kadang mereka terlupa, sama-sama dibayar gaji cuba berbeza jawatan dan pangkat,” katanya.

Pemilik akaun Mencari Rezeki pula mendakwa ketua jabatan tidak memainkan peranan dengan baik kerana sudah selesa di tempat mereka.

“Ketua jabatan pun tidak main peranan. Sudah selesa di tempat itu. Buat apa dia mahu menyusahka­n keadaan.

“Sepatutnya pasukan integriti yang datang buat pemeriksaa­n mengejut.

“Mereka yang duduk di atas juga perlu turun padang tengok apa yang staf buat dan bukan hanya harapkan atau sub kerja mereka,” katanya.

Bagi Ismail Abdullah, sepatutnya tindakan sedemikian sudah lama dibuat dan bukan hanya mahu dibuat selepas mendapat aduan.

“Benda sudah lama patut buat dan sepatutnya menjadi rutin. Ini sekali aduan baru hendak buat, lepas itu kembali kepada tabiat asal malah dapat perkhidmat­an cemerlang, jabatan cemerlang lagi.

“Cemerlang bab curi tulang dan mengampu? Sebab apa, sebab kerja kerajaan selesa, kurang tekanan berbanding swasta.

“Ramai kroni sebab itu ramai yang berlagak dan sombong malah ramai acuh tak acuh masa bertugas,” katanya.

Turut memberi cadangan adalah Lobak Man yang meminta supaya staf bawahan yang membuat pemeriksaa­n dan memantau ketua mereka.

“Sepatutnya staf bawahan yang buat pemeriksaa­n dan pemantauan terhadap ketua jabatan kerana hanya orang bawahan sahaja yang tahu pergerakan bos mereka,” katanya.

Tidak kurang juga bagi pengguna Nur Arinn memberi cadangan supaya melakukan ujian air kencing secara mengejut terhadap semua kakitangan kerajaan.

Media kelmarin, melaporkan, ketua jabatan sektor awam baik Persekutua­n atau negeri disaran melakukan pemeriksaa­n mengejut di jabatan masing-masing, dengan laporan mengenainy­a perlu diserahkan kepada Ketua Pengarah Perkhidmat­an Awam, Datuk Seri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz, dua kali setahun.

 ?? ?? Keratan akhbar BH, semalam.
Keratan akhbar BH, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia