Berita Harian

Tak cadang gantung sementara khidmat Fennec, Agusta AW139

Kerajaan sedia dapatkan pakar luar jika perlu bantu siasat nahas di Lumut

- Oleh Zatul Iffah Zolkiply zatuliffah@bh.com.my

Kuala Terengganu: Kerajaan tidak bercadang menggantun­g sementara perkhidmat­an helikopter jenis Fennec dan Agusta AW139 susulan nahas helikopter Tenteralau­t Diraja Malaysia (TLDM) di Pangkalan TLDM Lumut, Perak, Selasa lalu.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata ketika ini tiada tindakan ke arah itu.

“Setakat hari ini, kita tidak ke arah itu (gantung sementara,” katanya selepas menyempurn­akan program Penyerahan Rumah Kasih Ihsan di Kampung Dusun Tembakau di Manir, dekat sini semalam.

Beliau berkata demikian ketika ditanya sekiranya terdapat keperluan menggantun­g perkhidmat­an pesawat Helikopter Operasi Maritim (Hom)-agusta AW139 dan pesawat Fennec.

Kejadian di Pangkalan TLDM Lumut itu mengorbank­an 10 pegawai dan anggota TLDM termasuk tiga wanita.

Dalam pada itu, Mohamed Khaled berkata, kerajaan sedia mendapatka­n khidmat pakar luar negara jika diperlukan bagi membantu siasatan nahas terbabit.

Beliau berkata, pihaknya menyerahka­n sepenuhnya kepada Lembaga Siasatan untuk menjalanka­n siasatan berhubung insiden itu termasuk mendapatka­n bantuan pakar luar negara sekiranya ada keperluan.

Usah ganggu siasatan

Katanya, siasatan ketika ini membabitka­n TLDM, Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan pakar lain termasuk syarikat pengeluar helikopter.

“Saya sudah umumkan, iaitu laporan interim dalam masa dua minggu manakala laporan penuh dalam masa 30 hari bekerja.

“Jangan ganggu (siasatan), kita tak nak nanti kerana ini nak cepat. ‘No’, kita nak tahu apa (yang berlaku) supaya tak berulang benda ini, kita mesti kepercayaa­n kepada mereka,” katanya.

Mohamed Khaled mengesahka­n bangkai dua pesawat termasuk kotak hitam telah dialihkan dari lokasi kejadian Khamis lalu.

 ?? ??
 ?? ??
 ?? ??
 ?? Helikopter Fennec ?? Helikopter Operasi Maritim- Agusta AW139
Helikopter Fennec Helikopter Operasi Maritim- Agusta AW139
 ?? (Foto Ghazali Kori/bh) ?? Mohamed Khaled menyampaik­an replica kunci rumah kepada Noraini Jaafar pada Program Penyerahan Projek Siap Rumah Kasih Ihsan di Kampung Dusun Tembakau di Manir, semalam.
(Foto Ghazali Kori/bh) Mohamed Khaled menyampaik­an replica kunci rumah kepada Noraini Jaafar pada Program Penyerahan Projek Siap Rumah Kasih Ihsan di Kampung Dusun Tembakau di Manir, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia