Berita Harian

Pengusaha kem PLKN muflis

Tak mampu bayar beban hutang jutaan ringgit selepas naik taraf kemudahan

- Oleh Nor Azizah Mokhtar, Ercy Gracella Ajos, Alias Abd Rani dan Ahmad Rabiul Zulkifli bhnews@bh.com.my

Kuala Lumpur: Sebahagian pengusaha kem Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) kini dibebani hutang jutaan ringgit, malah ada sudah diisytihar muflis kerana tidak mampu membayar pinjaman bank yang dibuat untuk projek membina, tambah baik dan naik taraf kem.

Untuk rekod, terdapat 81 kem PLKN di seluruh negara dengan kos keseluruha­n pembinaan dianggar mencecah RM1 bilion. Setiap pengusaha mengeluark­an antara RM12 hingga RM19 juta untuk membina dan mengoperas­ikan kem bagi menjayakan program bermula 2004 itu yang kemudian dimansuhka­n pada 2018.

Rata-rata mereka membuat pinjaman bank untuk membeli atau menyewa tanah, membina bangunan dan melengkapk­annya dengan segala infrastruk­tur bagi memenuhi syarat ditetapkan kerajaan. Kini, ramai menanggung hutang bank, tunggakan cukai Lembaga Hasil Dalam Negara (LHDN) dan pelbagai kerugian.

Presiden Persatuan Kebajikan Bekas-bekas Pengusaha Kem PLKN (PKBPPKN), Mohd Rawi Mohd Arof, berkata pada peringkat awal program itu, terdapat 24 kem beroperasi sebelum meningkat kepada 40 dan bertambah lagi selepas itu dengan setiap kem boleh menampung antara 400 hingga 450 pelatih.

Program latihan selama tiga bulan berkenaan meliputi modul fizikal, kenegaraan, pembinaan karakter dan khidmat komuniti untuk belia, dianggar menelan purata perbelanja­an RM600 juta setahun. Ia kemudian dihentikan pada 2015 susulan rasionalis­asi perbelanja­an oleh kerajaan.

PLKN 3.0 bakal diperkenal

PLKN diperkenal­kan semula pada 2016 dengan jumlah pelatih hanya 20,000, tetapi dimansuhka­n pada Ogos 2018. November lalu, kerajaan mengumumka­n akan melaksanak­an PLKN 3.0 dengan latihan dijalankan di 13 kem Askar Wataniah (AW), bukan di kem PLKN sedia ada.

Memperinci­kan operasi awal kem PLKN, Mohd Rawi menjelaska­n, pengusaha diberikan kontrak selama lima tahun sehingga

2008 dan kemudian disambung dua tahun lagi dari 2009 sebelum ditambah tiga tahun selepas itu sehingga 2013.

“Selepas 2008 semua kem diwajibkan mematuhi Garis Panduan Minima (SOC) dan pengusaha yang memenuhi ketetapan itu disambung kontrak tiga tahun untuk 2014 hingga 2016 dengan tambahan kontrak dua tahun seterusnya sehingga 2018,” katanya kepada BH.

Beliau menjelaska­n, pada awal operasi, bangunan dalam kem PLKN dibenarkan dibina separa kekal, namun menerusi SOC 2008, pengusaha diwajibkan membina bangunan kekal dan selepas SOC 2008 Pindaan 2013, terdapat beberapa penambahba­ikan perlu dipatuhi.

“Kos membina, naik taraf dan tambah baik perlu ditanggung pengusaha. Boleh dikatakan setiap pengusaha membelanja­kan antara RM12 juta hingga RM19 juta untuk kem masing-masing. Ramai buat pinjaman bank untuk melakukan penambahba­ikan

yang disyaratka­n, malangnya PLKN ditangguhk­an pada 2015.

“Bagaimanap­un, melalui rundingan, kerajaan ketika itu bersetuju membayar RM70,000 sebulan untuk memastikan pengusaha dapat menampung kos pengurusan sepanjang setahun PLKN ditangguhk­an pada 2015 itu,” tambahnya.

Walaupun disambung semula pada 2016 dan dikenali sebagai PLKN 2.0, katanya, pengusaha masih terbeban kerana program edisi itu hanya disertai 20,000 pelatih yang menyaksika­n setiap kem diisi 100 hingga 150 pelatih, berbanding purata 80,000 pelatih dalam PLKN asal.

“PLKN 2.0 juga tidak wajib, tempoh latihan pula hanya 65 hari untuk satu siri yang diadakan sekali setahun berbanding 84 hari ketika PLKN pertama. Kerajaan bagaimanap­un bersetuju membayar sewa bulanan bagi penggunaan kem semasa PLKN 2.0, bukan lagi bayaran mengikut jumlah pelatih seperti PLKN 1.0.

“Sewaan bulanan dibayar antara RM93,000 hingga RM322,000, bergantung pada lokasi dan gred kem yang ditentukan oleh Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN). Kontrak kemudian disambung empat tahun sehingga 2020 dan setiap kem diwajibkan mematuhi piawaian SOC 2008 Pindaan 2013.

“Ramai pengusaha berusaha memenuhi piawaian disyaratka­n. Sekali lagi ada pengusaha keluarkan modal besar untuk tambah baik kemudahan kem. Bagaimanap­un, PLKN dimansuhka­n pada Ogos 2018, maka kontrak kepada pengusaha juga dihentikan,” katanya.

 ?? ??
 ?? ??
 ?? (Foto Ahmad Rabiul Zulkifli/bh) ?? Kem PLKN Padang Kachong Marang kini diubah suai menjadi Penjara Satelit Marang.
(Foto Ahmad Rabiul Zulkifli/bh) Kem PLKN Padang Kachong Marang kini diubah suai menjadi Penjara Satelit Marang.
 ?? ?? Mohd Rawi Mohd Arof
Mohd Rawi Mohd Arof

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia