Berita Harian

‘Bayarlah pampasan, nak lunas hutang RM1.5 juta’

Bekas pengusaha kem PLKN dakwa nasib tak terbela, dibelenggu pinjaman hingga disenarai hitam

- Mohd Yusni Ngah, Bekas pengusaha Kem PLKN di Penor

Ramai kawan pengusaha kem yang bankrap, ada yang gulung syarikat, bangunan dirobohkan dan sebagainya

Kuala Lumpur: “Saya ada lagi RM1.5 juta hutang perlu dilangsaik­an kepada bank”.

Beban kewangan itu ditanggung Norsham Abas, bekas pengusaha Kem Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) di Cherating, Kuantan, Pahang yang membuat pinjaman bank sebanyak RM3 juta bagi membuka dan menambah baik kemudahan kem berkenaan sebelum program itu dimansuhka­n pada Oktober 2018.

Masih menunggu pampasan daripada kerajaan susulan penamatan kontrak, katanya, nasib pengusaha kem belum terbela sehingga ramai yang muflis, disenarai hitam oleh institusi kewangan dan dilarang ke luar negara disebabkan tunggakan cukai kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

“Kami dapat notis tiba-tiba memakumkan PLKN akan dimansuhka­n Oktober 2018. September lalu genap enam tahun dan kami masih tak dapat satu sen pun pampasan.

“Nasib kami tak terbela, sangat menderita dibelenggu hutang jutaan ringgit kerana untuk buka kem ini perlu pelaburan banyak,” katanya ketika dihubungi

BH.

Katanya, bermula 2015, banyak pembaharua­n dibuat kerajaan bagi PLKN, termasuk mewajibkan setiap kem dinaik taraf mengikut spesifikas­i ditetapkan, yang memerlukan pengusaha mengeluark­an sekurang-kurangnya RM3 sehingga RM5 juta untuk membiayai kerja berkaitan.

“Kalau tak ikut standard dan spesifikas­i kerajaan, pegawai bertanggun­gjawab akan lapor kepada pihak atasan dan kontrak kami boleh dibatalkan. Saya perlu ambil pinjaman bank sebanyak RM3 juta dan sekarang masih ada hutang RM1.5 juta.

“Selepas PLKN dimansuhka­n, saya tak dapat bayar sewa tanah dan hilang tanah (tanah disewa untuk dibangunka­n kem PLKN), juga tanggung hutang.

“Malah, anak saya yang muda

lagi sudah menjadi penjamin untuk pinjaman kedua (bagi naik taraf kem) sebab suami sudah meninggal, dia pun trauma.

“Kami cuma minta kerajaan bayar pampasan supaya dapat langsai hutang dan hidup tenang semula.

“Ketika dimansuhka­n pada 2018, tempoh kontrak masih berbaki 27 bulan, bayaran kepada bank tersangkut, kami dikeliling­i hutang pinjaman untuk naik taraf kem sebelum itu bagi elak kontrak ditamatkan,” katanya.

Pengusaha trauma

Mengakui trauma dengan apa yang berlaku, Norsham akui hidupnya tidak tenang selepas hilang pendapatan dan disenarai hitam institusi kewangan serta LHDN, sekali gus berharap kerajaan segera membantu mengusahak­an pampasan untuk pengusaha yang terjejas.

Bekas pengusaha Kem PLKN di Penor, Kuantan, Mohd Yusni

Ngah membuat pinjaman RM3.9 juta untuk kerja naik taraf kem bagi memenuhi spesifikas­i garis panduan minimum dan syarat yang ditetapkan kerajaan, malah ada rakan pengusaha membuat pinjaman sehingga RM7 juta.

“Banyak pembaharua­n dibuat seperti bina makmal komputer dengan kelengkapa­n pendingin hawa, dewan luas, bilik darjah selesa, gelangang futsal, bola tampar dan sebagainya.

“Kos dibiayai hampir 90 peratus melalui pinjaman bank dan sekarang saya ada lagi RM1.1 juta perlu dilangsaik­an.

“Ramai kawan pengusaha kem yang bankrap, ada yang gulung syarikat, bangunan dirobohkan dan sebagainya,” katanya turut mempersoal­kan mengapa tidak banyak kem PLKN di Semenanjun­g tidak dimanfaatk­an kerajaan seperti di Sabah dan Sarawak yang terus digunakan untuk petempatan rejimen tentera.

Mendakwa kerugian dialaminya mencecah RM8 juta, Mohd Yusni berkata, sepanjang beroperasi, kem PLKN turut melimpahka­n manfaat kepada penduduk sekitar yang ada diambil bekerja sebagai pengawal keselamata­n, petugas kantin dan pembersiha­n, selain dapat menjual hasil kebun kepada pengurusan kem.

“Boleh tutup kem tapi bayarlah pampasan kepada kami. Bank cari sampai rumah, sita barang dan banyak lagi ancaman yang buat kami tak tenang sebab fikir banyak hutang,” katanya berharap memperoleh pampasan yang boleh digunakan pengusaha untuk melangsaik­an hutang atau memulakan perniagaan baharu.

“Bila tengok keadaan kem, saya sangat sedih, rosak teruk dan tidak boleh digunakan atau diselamatk­an lagi,” katanya lagi.

Di Batu Pahat, tinjauan di Kem PLKN di Sembrong dekat Ayer Hitam mendapati keadaannya terbiar dengan bangunan yang semakin menyembah bumi, bumbung tercabut dan dalam bangunan pula dipenuhi lalang serta semak samun.

Penduduk, Mohd Shafiq Mohd Saad, 30, berkata sejak PLKN dihentikan enam tahun lalu, difahamkam kem terbabit pernah dicadang dijadikan pusat tahfiz, tetapi sehingga kini kawasan itu terus kosong tanpa sebarang aktiviti.

“Rugi jika kita biarkan begitu sahaja selepas segala kemudahan sudah tersedia,” katanya.

 ?? ??
 ?? ??
 ?? (Foto Alias Abd Rani/bh) ?? Kem PLKN Sembrong, Ayer Hitam, Batu Pahat dipenuhi semak-samun dan banyak kemudahan lain yang semakin menyembah bumi.
(Foto Alias Abd Rani/bh) Kem PLKN Sembrong, Ayer Hitam, Batu Pahat dipenuhi semak-samun dan banyak kemudahan lain yang semakin menyembah bumi.
 ?? ?? Atap bangunan tercabut serta cat pada dinding bangunan balai pengawal sudah tertanggal di Kem PLKN Hijrah Penor.
Atap bangunan tercabut serta cat pada dinding bangunan balai pengawal sudah tertanggal di Kem PLKN Hijrah Penor.
 ?? ?? Keadaan bahagian bangunan bilik kuliah di Kem PLKN Hijrah Penor yang terbiar.
Keadaan bahagian bangunan bilik kuliah di Kem PLKN Hijrah Penor yang terbiar.
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia