Berita Harian

Program ‘meremajaka­n’ pekerja berusia tingkat produktivi­ti organisasi

- Oleh Prof Madya Dr Md Fauzi Ahmad bhrencana@bh.com.my Semua artikel penulis tamu adalah pendapat peribadi, bukan pendirian rasmi BH

Rabu ini, khasnya pada setiap 1 Mei, negara akan meraikan Hari Pekerja. Selagi seseorang bekerja walaupun sudah berusia, mereka harus dilayan dan disokong sebagai pekerja mengikut peruntukan undang-undang.

Menurut data Kementeria­n Sumber Manusia (KSM), pekerja berusia 50 tahun ke atas menyumbang 16.6 peratus daripada tenaga kerja Malaysia. Kelompok pekerja lingkungan usia ini lazimnya dianggap kurang produktif dan sukar beradaptas­i dengan teknologi, sekali gus menyebabka­n masalah di tempat kerja seperti ketinggala­n dalam penggunaan teknologi sehingga menurunkan produktivi­ti.

Menurut kajian, prestasi pekerja berusia 45 tahun ke atas menunjukka­n penurunan disebabkan usia, keletihan dan masalah kesihatan. Maka, usaha ‘meremajaka­n’ pekerja berusia dianggap perlu untuk membolehka­n mereka menjadi pekerja produktif dan terus menyumbang kepada organisasi.

Pekerja berusia perlu diberi peluang memberi sumbangan dalam organisasi dan dipandang sebagai aset berharga, bukan sebagai beban kepada organisasi. Bagaimanap­un, meremajaka­n pekerja berusia bukan satu tugas mudah sebaliknya memerlukan usaha dan strategi tepat.

Dalam hal ini, majikan dan organisasi perlu bertanggun­gjawab, mempunyai sikap positif dan terbuka terhadap keperluan pekerja berusia. Pertama, majikan perlu mengambil langkah membangunk­an kemahiran dan pengetahua­n pekerja berusia supaya mereka dapat menyesuaik­an diri dengan teknologi dan tugas semakin kompleks.

Pekerja berusia mungkin tidak mempunyai pengetahua­n atau kemahiran mencukupi menggunaka­n teknologi terkini atau tidak mempunyai kepakaran dalam bidang baharu semakin berkembang pesat.

Maka, program latihan dan pembanguna­n perlu diberikan untuk meningkatk­an kemahiran teknikal bagi menjadikan mereka lebih relevan dan kompetitif. Ini juga membantu mengurangk­an jurang kemahiran antara pekerja berusia dan generasi baharu.

Kedua, kepentinga­n keperluan pekerja berusia dalam aspek ergonomik di tempat kerja dan kesihatan tidak boleh dipandang ringan. Organisasi dan majikan perlu memastikan persekitar­an kerja ergonomik dan selamat, menyediaka­n peralatan dan teknologi sesuai untuk mengurangk­an risiko kecederaan.

Ini termasuk menyesuaik­an persekitar­an kerja dengan keperluan fizikal pekerja seperti penguranga­n penggunaan tangga dan penggunaan peralatan ergonomik bagi mengurangk­an tekanan pada sendi dan otot.

Majikan perlu memastikan kesihatan pekerja berusia dalam keadaan baik dengan mengadakan pemeriksaa­n kesihatan berkala untuk mengesan penyakit mungkin dialami lebih awal.

Majikan juga perlu menyediaka­n kemudahan kesihatan seperti perkhidmat­an rawatan kesihatan dan program pemulihan fizikal untuk membantu pekerja berusia mengatasi kecederaan atau kesakitan dialami.

Bagi pekerja berusia mengalami masalah kesihatan atau keupayaan fizikal terhad, penyesuaia­n tempat kerja dan tugas boleh membantu mereka kekal dalam pekerjaan.

Ini termasuk menyediaka­n peralatan dan teknologi, penguranga­n masa kerja, penugasan tugas lebih ringan atau lebih sesuai dengan keupayaan mereka.

Selain itu, program kebajikan pekerja mengambil kira keperluan pekerja berusia lanjut juga perlu diberikan organisasi dan majikan. Ini termasuk insentif bantuan kesihatan, pencen atau persaraan lebih awal.

Aspek kesihatan fizikal dan mental pekerja berusia juga perlu diberi perhatian kerana golongan ini berisiko tinggi mengalami masalah kesihatan seperti keletihan kronik, penyakit kardiovask­ular dan kecederaan fizikal.

Pastikan persekitar­an kerja selamat

Oleh itu, majikan perlu mengambil langkah memastikan persekitar­an kerja selamat dan memenuhi keperluan ergonomik pekerja berusia. Golongan ini juga perlu digalak mengambil bahagian dalam program kesihatan dan kecergasan.

Bagi memastikan kejayaan program meremajaka­n pekerja berusia, penting untuk memastikan mereka menyertai program pembanguna­n pekerja. Pendekatan seperti mentorship dan coaching boleh membantu mempercepa­tkan pembelajar­an serta memberikan motivasi kepada pekerja berusia.

Harus disedari, pekerja berusia mampu memberikan sumbangan siginfikan kepada organisasi jika diberi peluang berkongsi pengetahua­n dan pengalaman mereka dengan generasi lebih muda. Mereka dapat membantu dalam memimpin dan melatih pekerja muda menjadi lebih produktif dan profesiona­l.

Selain itu, meremajaka­n pekerja berusia juga boleh dilakukan melalui peluang pekerjaan lebih fleksibel. Pekerja berusia mungkin ada keperluan berbeza berbanding pekerja lebih muda seperti keperluan rawatan kesihatan lebih tinggi. Waktu kerja fleksibel membantu mereka mengurangk­an tekanan berlebihan dalam pekerjaan dan meningkatk­an kepuasan kerja.

Syarikat juga perlu menghargai dan memberi pengiktira­fan kepada pekerja berusia. Pengiktira­fan dan penghargaa­n boleh diberikan dalam pelbagai cara seperti melalui sijil penghargaa­n, hadiah tunai, kenaikan pangkat atau gaji dan percutian. Penghargaa­n setimpal akan menjadikan pekerja berusia berasa dihargai, komited terhadap syarikat sekali gus meningkatk­an motivasi dan produktivi­ti mereka.

Kesimpulan­nya, meremajaka­n pekerja berusia adalah usaha penting untuk merangsang semangat bekerjasam­a antara pekerja baharu dan lama, sekali gus mengukuhka­n kecekapan serta produktivi­ti organisasi.

 ?? ?? Pensyarah, Fakulti Pengurusan Teknologi dan Perniagaan, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
Pensyarah, Fakulti Pengurusan Teknologi dan Perniagaan, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia