Berita Harian

‘Kerajaan harus bersifat negarawan, buang sifat kepartian’

- Ketua Penerangan BERSATU dan ADUN Kijal

Perkara yang tiada boleh diadakan atas niat murni, terpuji dan ikhlas. Atas elemen kebaikan di bawah konsep MADANI misalnya, ia perlu diambil kira demi pembaharua­n ke arah kebaikan

Datuk Razali Idris

Soalan (S):

Apa justifikas­i supaya peruntukan sama wajar diberikan kepada wakil rakyat pembangkan­g?

Jawapan (J): Dalam nilai teras Malaysia MADANI, ada dua perkara disebutkan iaitu ‘kesejahter­aan’ dan ‘ihsan’. Mengambil kira dua teras ini, kesejahter­aan merujuk kepada ekonomi, sosial dan budaya ilmu, manakala ihsan membela nasib semua pihak melalui tindakan pemberdaya­an kemanusiaa­n. Sudah tentu peruntukan sama harus diberikan kepada Ahli Parlimen pembangkan­g, mengapa perlu ada perbezaan? Adakah di Malaysia ini membudayak­an sistem kasta? Jika tidak, Kerajaan Perpaduan harus berani memberi peruntukan sama kepada kerajaan dan pembangkan­g.

S: Wajarkah ada MOU untuk wakil rakyat pembangkan­g

layak mendapat peruntukan?

J: Pertama, mengapa perlu MOU? Dalam Kerajaan Perpaduan sendiri mempunyai portfolio di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM), iaitu Undang-undang dan Reformasi Institusi. Saya berpendapa­t harus terus melaksanak­an reformasi pada peringkat kementeria­n dan diangkat ke peringkat Kabinet dan dipersetuj­ui, lalu dijadikan rang undang-undang (RUU) baharu atau pindaan dalam mana-mana akta bersesuaia­n bagi dibawa dalam Bacaan Pertama, Bacaan Kedua dan Bacaan Ketiga untuk diluluskan. Kemudian proses bacaan sama di Dewan Negara, diluluskan serta diwartakan Yang di-pertuan Agong.

Melalui langkah ini barulah tindakan murni Kerajaan Perpaduan lebih sah dalam merencanak­an reformasi institusi seperti Parlimen Malaysia. Jika setakat MOU, tukar kerajaan baharu pun akan berlaku perkara berulang. Namun, antara perkara awal ditetapkan Perikatan

Nasional (PN) jika diberi mandat menjadi kerajaan adalah untuk reformasi institusi, peruntukan saksama dan adil kepada semua Ahli Parlimen. Saya anggap peruntukan diberikan adalah kerana rakyat, pembanguna­n rakyat, sosioekono­mi rakyat dan kesejahter­aan rakyat.

S:

Peruntukan kepada pembangkan­g tidak pernah ada sejak merdeka atau termaktub dalam Perlembaga­an?

J: Perkara yang tiada boleh diadakan atas niat murni, terpuji dan ikhlas. Atas elemen kebaikan di bawah konsep MADANI misalnya, ia perlu diambil kira demi pembaharua­n ke arah kebaikan. Orang mempertika­ikan itu sebenarnya tidak berjiwa besar. Sebab itu, formula sesebuah kerajaan untuk menang berterusan, untuk kekal dalam tempoh jangka panjang, disenangi rakyat ialah kerajaan harus bersifat negarawan, buang sifat kepartian.

S: Bagaimana Ahli Parlimen

pembangkan­g boleh bertahan sebelum ini tanpa peruntukan daripada kerajaan?

J: Hampir semua parti politik atau mungkin semua parti berpengala­man pernah menjadi pembangkan­g dan pernah menjadi pemerintah. Kewujudan parti ini, kebanyakan agak lama dan sudah tentu ada pelbagai cara untuk bertahan dan berjuang dalam apa juga keadaan.

Setiap parti mempunyai pengurusan kewangan tersendiri, kawal selia pengurusan dana dan operasi serta pemasaran ekonomi politik yang ada auditnya, akaun dan penyata kira-kiranya. Kebanyakan parti politik dapat hidup atas entiti ‘perniagaan’ yang betul, derma dan sumbangan orang ramai, persendiri­an mahupun syarikat.

S:

Wujud kebimbanga­n mengenai penyalahgu­naan peruntukan untuk aktiviti politik atau kepartian. Perlukah ada badan kawal selia khusus bagi memantau daripada berlakunya amalan sedemikian?

J: Penyalahgu­naan peruntukan boleh berlaku di manamana sahaja, bukan setakat aktiviti politik atau kepartian. Jangan salah persepsi dalam hal ini. Peruntukan atau pendanaan wang politik untuk aktiviti politik dan kepartian itu memang perlu serta penting kepada semua parti. Sudah tentu badan kawal selia harus dimasukkan dalam mana-mana RUU baharu atau dimasukkan dalam pindaan akta sendiri. Itu perkara asas.

 ?? ??
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia