Berita Harian

NSTP ungguli Anugerah Media SPRM 2023

-

Kuala Lumpur: Wartawan The New Straits Times Press (Malaysia) Berhad (NSTP) mengunggul­i Anugerah Media Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2023, malam kelmarin.

NSTP merangkul dua tempat teratas dalam kategori media cetak dan portal berita melalui dua penerbitan di bawahnya iaitu Harian Metro (HM) dan New Straits Times (NST).

Hadiah utama kategori itu dimenangi Pengarang Berita HM, Mohd Jamilul Anbia Md Denin melalui laporan bertajuk ‘Pakej beli bayi’.

Tempat kedua pula dimenangi wartawan NST, Aliza Shah Muhammad Shah, Iylus Marsya Iskandar, Siti Nur Amalina Kamal dan P Kalbana melalui artikel bertajuk ‘MACC Netting More Big Fish’.

Mohd Jamilul membawa pulang hadiah RM8,000 bersama plak dan sijil, manakala kumpulan wartawan NST menerima RM6,000.

Semua anugerah disampaika­n Ketua Pesuruhjay­a SPRM, Tan Sri Azam Baki.

Terdahulu, Azam menerusi ucapannya menasihatk­an masyarakat tidak menjadikan berita di media sosial, khususnya berkaitan siasatan dijalankan agensi penguatkua­saan sebagai sumber utama yang boleh dipercayai.

Sebaliknya, beliau berkata, media arus perdana perlu diyakini berbanding sumber pemberitaa­n

lain, khususnya dalam mendapatka­n kebenaran berhubung perkara yang dibangkitk­an di media sosial.

Ini kerana, katanya media arus perdana terdiri daripada kelompok profesiona­l dan terbukti mempunyai etika kewartawan­an cemerlang.

“Ketika ini, media arus perdana

masih menjadi sumber utama dan perlu diyakini berbanding media sosial kerana kelompok media arus perdana terdiri kumpulan pengamal media yang profesiona­l, terlatih, berlesen dan berautorit­i.

“Jadi, penyampaia­n berita dihasilkan berpanduka­n sumber yang sahih. Media arus perdana

juga memainkan peranan signifikan dalam menangkis penularan berita palsu yang disebarkan di media sosial.

“Namun, jangan pula menjadikan berita tohmahan di media sosial yang tidak dapat dipastikan kesahihann­ya sebagai berita di arus perdana,” katanya.

Mengenai Anugerah Media

SPRM 2023, Azam berkata, SPRM amat berbesar hati dengan sambutan menggalakk­an daripada pengamal media yang menyertain­ya.

“Saya dimaklumka­n, penentuan pemenang untuk Anugerah Media SPRM 2023 diadili dua pakar media iaitu Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Malaysian Press Institute (MPI), Datuk Mustapa Omar dan Penasihat Editorial Bebasnews, Datuk Mohd Zaini Hassan, serta dipengerus­ikan oleh Timbalan Pengarah Bahagian Komunikasi Strategik SPRM, Jules Rahman Ong.

“Saya amat berterima kasih kepada peserta atas liputan, laporan dan artikel berkaitan SPRM dan pencegahan rasuah yang dihasilkan.

“Laporkanla­h isu rasuah dengan penuh tanggungja­wab untuk mendidik masyarakat, dedahkan kepada mereka tentang bahayanya rasuah kepada negara,” katanya.

Turut hadir pada majlis malam itu ialah Pengarang Urusan Kumpulan NSTP, Datuk Ahmad Zaini Kamaruzzam­an; Pengarang Kumpulan HM, Husain Jahit dan Timbalan Pengarang Kumpulan Berita Harian, M Thillinada­n.

Anugerah Media SPRM 2023 adalah penganjura­n kali keempat sejak ia mula diperkenal­kan pada 2020 oleh SPRM yang bertujuan mengiktira­f karya kewartawan­an berkaitan dengan isu rasuah.

 ?? (Foto Asyraf Hamzah/bh) ?? Azam dan Ahmad Zaini bersama Husain; Pengarang Kumpulan NST, Farrah Naz Karim dan Thillinada­n bergambar bersama pemenang Anugerah Media SPRM 2023 di Kuala Lumpur, kelmarin.
(Foto Asyraf Hamzah/bh) Azam dan Ahmad Zaini bersama Husain; Pengarang Kumpulan NST, Farrah Naz Karim dan Thillinada­n bergambar bersama pemenang Anugerah Media SPRM 2023 di Kuala Lumpur, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia