Berita Harian

PBAKL 2024 bakal jadi pesta keluarga

Peluang orang ramai dapatkan buku berkualiti untuk pelbagai peringkat umur

- Oleh Tuty Haryanti Ahmad Rodzi bhnews@bh.com.my

Saya berhasrat menjadikan PBAKL sebagai pesta keluarga apabila ibu bapa datang dengan anak atau datuk datang dengan cucu untuk mendapatka­n buku diperlukan. Ini kerana semua kategori bahan bacaan yang diperlukan setiap lapisan usia ada dijual

Pesta Buku Antarabang­sa Kuala Lumpur (PBAKL) 2024 pada 24 Mei hingga 2 Jun ini, disasar menjadi pesta buat seisi keluarga untuk mendapatka­n pelbagai genre buku di bawah satu bumbung.

Pengerusi Pengelola PBAKL, Mohd Khair Ngadiron, berkata ia berikutan pesta itu yang diadakan buat kali ke-41 menyediaka­n pelbagai genre buku, termasuk kanak-kanak, komik, fiksyen dan akademik.

Acara tahunan yang akan diadakan di Pusat Dagangan Dunia (WTC) dan secara dalam talian, diharap dapat mengumpulk­an keluarga untuk ke situ bagi membeli pelbagai buku.

“Saya berhasrat menjadikan PBAKL sebagai pesta keluarga apabila ibu bapa datang dengan anak atau datuk datang dengan cucu untuk mendapatka­n buku yang diperlukan.

“Ini kerana semua kategori bahan bacaan yang diperlukan bagi setiap lapisan usia ada dijual di PBAKL,” katanya kepada BH.

Mohd Khair berkata, tahun ini pihaknya menjangkak­an lebih 1.5 juta pengunjung datang ke pesta buku yang diadakan selama 10 hari.

Tahun lalu sasaran pihaknya adalah seramai 1.3 juta pengunjung, namun jumlah yang hadir adalah seramai 1.6 juta orang.

“Ini juga adalah kali ketiga pesta ini akan diadakan secara dalam talian bagi memberi peluang kepada mereka yang tidak dapat hadir secara bersemuka untuk turut mendapatka­n pelbagai genre buku yang dijual sepanjang acara berlangsun­g.

“PBAKL kali ini juga akan menjadi perhimpuna­n terbesar bagi buku akademik yang boleh dibeli secara bersemuka dan secara dalam talian,” katanya.

Tahun ini terdapat sebanyak 972 pempamer termasuk 14 dari luar negara antaranya dari Singapura, Thailand, Filipina, India, China, Taiwan dan Iran.

Mohd Khair Ngadiron, Pengerusi Pengelola PBAKL

Pertambaha­n pempamer

Jumlah pempamer kali ini juga bertambah daripada 814 pada tahun lalu.

“Tahun ini juga Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim

buat kali kedua akan merasmikan PBAKL,” katanya yang akan mengadakan prapelanca­ran PBAKL pada 29 April ini.

Ditanya mengenai strategi tarikan pesta, beliau berkata sejak sebulan lalu pihaknya menggunaka­n #Malaysiame­mbaca di pelbagai platform media sosial dan kini sudah mendapat lebih satu juta tontonan.

Selain itu katanya, pihaknya turut bekerjasam­a dengan Media Prima Berhad (MPB) sebagai rakan strategik dan untuk mendapatka­n lebih banyak tarikan.

“Pempamer seperti penerbit buku juga tidak terkecuali giat memainkan peranan berusaha menarik ramai pengunjung dengan tarikan tersendiri seperti membuat promosi awal untuk menjual naskah terbaharu di acara itu nanti,” katanya.

Justeru, Mohd Khair berkata, pihaknya berharap PBAKL menjadi wadah yang mana masyarakat Malaysia mempunyai ruang dan peluang untuk mendapat buku terkini dan bermutu.

Dengan adanya penjualan secara dalam talian sepanjang pesta berlangsun­g, capaian untuk mendapatka­n pelbagai jenis bahan bacaan akan lebih meluas.

“Ini sekali gus dapat menjadikan rakyat Malaysia sebagai masyarakat yang maju dan bertamadun tinggi,” katanya.

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia