Berita Harian

Najib percaya Blackstone dikawal Raja Arab Saudi

Saksi dakwa bekas PM tak ditunjukka­n dokumen syarikat pelaburan milik sekutu Jho Low

- Oleh Ahmad Johari Mohd Ali ajohari@bh.com.my

Lumpur: Mahkamah Tinggi diberitahu bahawa Datuk Seri Najib Razak ketika disoal siasat, percaya syarikat pelaburan Blackstone Asia Real Estate Partners Ltd (Blackstone) dimiliki dan dikawal Raja Arab Saudi, Almarhum Raja Abdullah Abdul Aziz Al-saudi.

Blackstone didakwa ditubuhkan ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low, iaitu nama sama dengan firma ekuiti hartanah persendiri­an Blackstone Real Estate dan sengaja menggunaka­n nama itu bagi menyerupai syarikat yang sudah matang dalam konspirasi mengaut berjuta-juta dolar daripada 1MDB.

Pada perbicaraa­n semalam, Penguasa Kanan Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Nur Aida Arifin, bersetuju dengan cadangan peguam bela, Wan Azwan Aiman Wan Fakhruddin, bahawa Najib percaya syarikat itu milik Almarhum Raja Abdullah ketika dirakamkan percakapan oleh pegawai perakam SPRM.

Saksi pendakwaan ke-49 itu juga bersetuju Najib ketika itu tidak ditunjukka­n sebarang dokumen bahawa sekutu Jho Low, iaitu Eric Tan Kim Loong adalah pemilik benefiasia­ri (pihak berkepenti­ngan atau pemilik sebenar) Blackstone.

Empat pertuduhan

Nur Aida berkata demikian ketika memberikan keterangan terhadap Najib, 70, yang berdepan empat pertuduhan iaitu menggunaka­n kedudukan beliau untuk memperoleh suapan RM2.3 bilion dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitka­n jumlah sama.

Perbicaraa­n pada Mac lalu mendengar keterangan pakar pemulihan aset luar pesisir, Angela Barkhouse yang memberitah­u mahkamah bahawa Najib menerima wang AS$120 juta dalam akaun bank peribadiny­a daripada Blackstone Asia.

Barkhouse berkata, dana yang diterima itu membabitka­n transaksi AS$70 juta pada 29 Disember 2011 serta masing-masing AS$25 juta pada 12 Mac 2012 dan 22 Mei 2012.

Saksi itu berkata, asas ketera

ngan beliau itu berdasarka­n aliran dana melalui pinjaman dibuat syarikat pelaburan, SRC Internatio­nal Sdn Bhd daripada Kumpulan Wang (Diperbadan­kan) (KWAP).

Penganalis­is Bank Negara Malaysia (BNM), Adam Ariff Mohd Roslan, pula sebelum ini memberitah­u mahkamah, akaun peribadi Najib menerima kemasukan AS$30 juta (RM90.9 juta) daripada

Blackstone antara 30 Oktober dan 19 November 2012.

Katanya, ia dikreditka­n ke akaun Najib daripada akaun Standard Charterd Bank, Singapura atas nama Blackstone dan boleh dikesan daripada bon yang dikeluarka­n oleh 1MDB Energy (Langat) Ltd (1MELL) pada 2012.

Perbicaraa­n di hadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah bersambung Selasa ini.

 ?? (Foto Hairul Anuar Rahim/bh) ?? Nur Aida jadi saksi kes 1MDB yang membabitka­n Najib di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
(Foto Hairul Anuar Rahim/bh) Nur Aida jadi saksi kes 1MDB yang membabitka­n Najib di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia