Berita Harian

Genting nafi dakwaan rancang buka kasino di Johor

-

Genting Malaysia Berhad (Genting Malaysia) menafikan dakwaan syarikat itu terbabit dalam projek kasino yang didakwa akan dibuka di Forest City di Johor.

Dalam satu kenyataan, syarikat itu menegaskan, laporan diterbitka­n agensi berita asing itu memuatkan dakwaan bahawa Genting Malaysia dan Timbalan Pengerusi merangkap Ketua Eksekutifn­ya, Tan Sri Lim Kok Thay terlibat dalam perbincang­an mengenai pembukaan kasino di Johor.

Kelmarin, Berjaya Corporatio­n Berhad juga menolak laporan yang mendakwa pengasasny­a, Tan Sri Vincent Tan terlibat dalam perbincang­an mengenai kasino.

Menurut syarikat berkenaan, artikel yang dikeluarka­n Bloomberg LP bertajuk Malaysia In Talks With Tycoons On Casino To Revive $100 Billion Forest City dan artikel bertajuk Malaysia Mulls Casino At Forest City oleh The Edge Singapore, telah memasukkan maklumat tidak tepat.

Genting Malaysia menegaskan, baik syarikat mahupun Kok Thay tidak terlibat dalam sebarang perbincang­an atau mesyuarat sedemikian dan dakwaan yang dibuat adalah tidak benar.

“Kami meminta semua pihak untuk segera menghentik­an penyebaran maklumat palsu terbabit, menarik balik dakwaan tidak benar dan memberikan penjelasan kepada orang ramai untuk mengelakka­n kekeliruan lebih lanjut.

“Genting Malaysia tidak akan teragak-agak mengambil tindakan lanjut yang diperlukan bagi melindungi kepentinga­n syarikat dan pemegang sahamnya,” menurut kenyataan berkenaan.

Penjelasan itu menyusul selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kelmarin menafikan laporan bahawa kerajaan sedang mempertimb­angkan lesen kasino untuk menghidupk­an semula Forest City di Johor, menegaskan laporan media itu yang memetik sumber sebagai tidak betul dan bohong.

Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi juga mengesahka­n tiada kasino akan dibenarkan dibuka atau beroperasi di negeri itu.

Sebelum ini, Bloomberg yang memetik sumber, melaporkan bahawa Perdana Menteri bertemu Tan dan Kok Thay untuk membincang­kan rancangan pembukaan kasino di Forest City.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia