Berita Harian

Bas pelancong Thailand dibenar masuk Kelantan

Usaha kerajaan negeri sempena Tahun Melawat Kelantan tahun ini

- Oleh Nor Fazlina Abdul Rahim nfazlina@bh.com.my

Pattani: Kerajaan memutuskan bas pelanconga­n dari Thailand dibenarkan masuk ke Kelantan berkuat kuasa Khamis lalu.

Pengerusi Jawatankua­sa Pelanconga­n, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Negeri, Datuk Kamaruddin Md Nor, berkata berita gembira itu diputuskan Kementeria­n Pengangkut­an selepas beliau mengadakan pertemuan dengan menterinya, Anthony Loke berhubung perkara itu.

“Saya baru sahaja dikhabarka­n berita gembira ini bahawa bas pelanconga­n dari Thailand dibenarkan masuk ke Kelantan.

“Bagaimanap­un, bas pelanconga­n terbabit perlu masuk melalui ejen pelanconga­n yang terdapat di Kelantan dan perlu mengisi borang yang disediakan, iaitu borang permohonan lintas sempadan.

“Kita mempunyai 55 syarikat ejen pelanconga­n dan semua senarai berkenaan akan diberikan kepada pihak pelanconga­n Thailand bagi memudahkan mereka memilih ejen mana yang mereka mahu,” katanya ketika ditemui pada Majlis Festival ASEAN di sini, kelmarin.

Mengulas lanjut, Kamaruddin berkata, bas pelanconga­n berkenaan hanya dibenarkan masuk ke Kelantan dan tidak boleh sampai ke negeri lain, termasuk Terengganu.

“Setakat ini, kerajaan buat keputusan masuk ke Kelantan memandangk­an kita memohon sempena Tahun Melawat Kelantan tahun ini. Dengan keputusan ini kita yakin ramai pelancong dari Thailand akan datang ke Kelantan.

“Pada masa sama, saya akan mengadakan perbincang­an dengan ejen pelanconga­n di Kelantan supaya tidak mengenakan harga yang tinggi.

“Usaha kita adalah mahu menarik pelancong dan sekiranya harga yang mahal dikenakan, sudah tentu mereka tidak berminat untuk ke Kelantan,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan, Kelantan akan mengadakan perjumpaan dengan Anthony Loke berhubung larangan kemasukan bas dari Thailand ke negeri sempadan, termasuk negeri itu.

Berita gembira

Sementara itu, Persatuan Perdaganga­n dan Pelanconga­n Halal Thai ASEAN, Aida Oujeh, berkata beliau menyambut baik berita gembira itu.

Katanya, jika sebelum ini pelancong dari Thailand sukar untuk masuk memandangk­an pengangkut­an bas dilarang dan dengan kebenaran terbaharu ini, beliau yakin ramai akan melancong ke Kelantan.

“Jika sebelum ini kebanyakan pelancong dari Thailand akan pergi ke Pulau Pinang menggunaka­n pesawat dan selepas ini pastinya Kelantan akan menjadi pilihan pelancong,” katanya.

 ?? (Foto Nik Abdullah Nik Omar/bh) ?? Kamaruddin (tiga dari kiri) bersama wakil Thailand pada Majlis Festival ASEAN di Pattani, kelmarin.
(Foto Nik Abdullah Nik Omar/bh) Kamaruddin (tiga dari kiri) bersama wakil Thailand pada Majlis Festival ASEAN di Pattani, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia