Berita Harian

Serbuan dua hari tahan lebih 260 warga asing

Imigresen gempur tapak pembinaan, premis niaga sekitar Johor

- Oleh Omar Ahmad bhnews@bh.com.my

Johor Bahru: Jabatan Imigresen Johor menahan 265 warga asing ditahan melalui beberapa serbuan sepanjang tempoh dua hari berakhir kelmarin.

Dalam serbuan pertama di sebuah tapak pembinaan di Pasir Gudang, sejumlah 530 warga asing dan tempatan diperiksa dengan 207 ditahan.

Pengarah Imigresen negeri, Baharuddin Tahir, berkata mereka yang ditahan berusia antara 18 hingga 61 tahun membabitka­n 132 warga Bangladesh, China (53) Myanmar (10), Pakistan (enam), Indonesia (tiga), Vietnam (dua) serta seorang lelaki tempatan.

“Semua warga asing ditahan kerana melakukan pelbagai kesalahan berkaitan imigresen, manakala seorang lelaki tempatan ditahan di bawah Seksyen 56(1)

(d) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155) kerana melindungi warga asing,” katanya.

Lapan premis diserbu

Dalam operasi kedua membabitka­n serbuan ke atas lapan premis sekitar Iskandar Puteri kelmarin, beliau berkata, 16 lagi warga asing ditahan susulan aduan awam berhubung kebanjiran warga asing yang bekerja tanpa pas atau permit sah, selain berniaga tanpa lesen.

“Semua ditahan membabitka­n masing-masing enam warga Bangladesh dan Indonesia, dua Sri Lanka dan masing-masing seorang warga India dan Pakistan.

“Mereka ditahan kerana melakukan kesalahan di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155), Seksyen 15(1) (c) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155) dan Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155),” katanya.

Mengulas operasi di Senai pula,

beliau berkata, 43 lagi ditahan hasil serbuan ke atas 15 premis.

“Dalam serbuan di kawasan rumah kedai itu, ada warga asing bersembuny­i pada balkoni bagi mengelak dicekup, malah ada yang cuba dengan menyamar pelanggan di sebuah premis bagi mengaburi pegawai.

“Seramai 123 warga asing dan tempatan diperiksa dan 43 daripadany­a ditahan atas pelbagai kesalahan berkait Imigresen,” katanya.

 ?? (Foto ihsan JIM) ?? Sebahagian 207 warga asing yang ditahan di sebuah tapak pembinaan di Pasir Gudang.
(Foto ihsan JIM) Sebahagian 207 warga asing yang ditahan di sebuah tapak pembinaan di Pasir Gudang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia