Berita Harian

51 warga Gaza dibunuh Israel dalam tempoh 24 jam

-

Ankara: Sekurang-kurangnya 51 penduduk Palestin terbunuh, manakala 75 cedera dalam 24 jam lalu ketika Israel meneruskan serangan ke atas Semenanjun­g Gaza.

Kementeria­n Kesihatan Palestin, berkata tentera Israel melakukan lima pembunuhan beramai-ramai terhadap keluarga di Semenanjun­g Gaza, menyebabka­n 51 terkorban dan 75 cedera.

“Ramai orang masih terperangk­ap di bawah runtuhan dan di jalan raya kerana anggota penyelamat tidak dapat sampai kepada mereka,” kata kementeria­n itu.

Israel yang mengingkar­i keputusan sementara Mahkamah Keadilan Antarabang­sa (ICJ) meneruskan serangan ke atas Semenanjun­g Gaza.

Serangan berkenaan menyebabka­n sekurang-kurangnya 34,356 rakyat Palestin terbunuh, kebanyakan­nya wanita dan kanakkanak, manakala 77,368 cedera sejak 7 Oktober lalu.

Peperangan Israel ke atas Gaza mendorong 85 peratus penduduk kekurangan makanan, air bersih dan ubat-ubatan, manakala 60 peratus infrastruk­tur wilayah itu rosak atau musnah.

Israel didakwa melakukan pembunuhan beramai-ramai di ICJ.

Keputusan sementara pada Januari lalu, mengarahka­n Tel Aviv menghentik­an tindakan pembunuhan beramai-ramai dan mengambil langkah menjamin bantuan kemanusiaa­n diberikan kepada orang awam di Gaza.

Sebelum ini, rakyat Palestin di Rafah mengebumik­an korban pengeboman terbaharu Israel dalam suasana penuh ketakutan akibat terkepung dan terdedah kepada serangan udara.

Tiada lagi tempat untuk mereka lari atau berlindung ketika pengeboman dilakukan Israel sebelum disusuli penceroboh­an darat Pasukan Pertahanan Israel (IDF).

Kebimbanga­n global semakin memuncak berhubung operasi di Rafah, di mana kebanyakan penduduk Gaza berlindung lebih enam bulan perang berlarutan dengan hampir keseluruha­n wilayah itu musnah dibom.

Kumpulan bantuan memberi amaran sebarang penceroboh­an akan menambah malapetaka kepada 2.4 juta penduduk Gaza yang terkepung dalam kawasan sempit.

AGENSI

 ?? (Foto AFP) ?? Kempen ketenteraa­n Israel turut mengubah sebahagian besar kawasan di Gaza yang menempatka­n 2.3 juta orang menjadi runtuhan.
(Foto AFP) Kempen ketenteraa­n Israel turut mengubah sebahagian besar kawasan di Gaza yang menempatka­n 2.3 juta orang menjadi runtuhan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia