Berita Harian

Permintaan dron ‘kamikaze’ buatan Iran meningkat

-

Tehran: Walaupun Israel dan Amerika Syarikat (AS) mendakwa berjaya menembak jatuh sebahagian besar dron ‘kamikaze’ dalam serangan dilancarka­n baru-baru ini, namun ia dijangka tidak akan menjejaska­n minat pelbagai negara terhadap dron buatan Iran.

Dron ‘kamikaze’ bukanlah sesuatu yang baharu dan ia juga dibekalkan AS kepada Ukraine dalam peperangan yang berterusan dengan Russia.

Dron ini adalah pesawat kecil tanpa pemandu yang penuh dengan bahan letupan yang boleh diterbangk­an terus ke kereta kebal atau sekumpulan tentera. Apabila mengenai sasaran, ia terus meletup.

Nama ‘kamikaz’ itu berasal daripada juruterban­g kamikaze Jepun era Perang Dunia I yang digeruni, apabila melakukan serangan berani mati dengan sengaja merempuh pesawat berisi bahan letupan mereka ke sasaran musuh.

Pakar teknologi kecerdasan buatan (AI) dan sistem tanpa pemandu sebuah badan pemikir di Washington, Samuel Bendett, berkata kebanyakan negara yang bercadang memperoleh dron buatan Iran tidak akan berhadapan dengan sistem pertahanan udara yang canggih seperti sistem pertahanan tercanggih Israel yang digelar Iron Dome (Kubah Besi).

“Pada negara-negara ini, dron buatan Iran adalah amat berkesan jika digunakan terhadap musuh mereka.

“Kejayaan Israel mematahkan serangan dron Iran baru-baru ini tidak akan menjejaska­n jualan dron Iran.

Negara yang mahu dasar politik dan ketenteraa­n yang bebas daripada pengaruh AS akan tetap membeli dron buatan Iran,” katanya.

Penggunaan dron ‘kamikaze’ buatan Iran dalam konflik di Ukraine dan Asia Barat melonjakka­n minat pelbagai negara yang dilaporkan ‘berlumba-lumba’ untuk memulakan rundingan dengan Tehran bagi memperoleh dron buatan negara itu.

Maklumat dan data diperoleh daripada Institute of Peace, AS menyatakan selain kumpulan proksi seperti Hizbullah dan di Iraq serta Syria, Tehran turut mengekspor­t dron keluaranny­a kepada sekurang-kurangnya tujuh negara.

Tujuh negara itu, termasuk Tajikistan dan Venezuela, malah agensi berita Reuters juga mengatakan dron buatan Iran kini turut digunakan dalam konflik yang sedang berlaku di Sudan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia