Berita Harian

14 tahun bersihkan runtuhan di Gaza

- AGENSI

Ankara: Jumlah besar runtuhan akibat serangan dilakukan tentera Israel di Semenanjun­g Gaza mengambil tempoh sekurang-kurangnya 14 tahun untuk dibersihka­n.

Pegawai United Nations Mine Action Service (UNMAS) Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Pehr Lodhammar, berkata peperangan itu meninggalk­an kira-kira 37 juta tan serpihan runtuhan di wilayah yang padat dengan penduduk.

“Apa yang kami tahu terdapat anggaran 37 juta tan serpihan runtuhan, iaitu sekitar 300 kilogram serpihan bagi setiap meter persegi.

“Bermula dengan 100 lori secara hipotesis, ia akan mengambil tempoh 14 tahun untuk membersihk­an semuanya,” katanya.

Menurut pejabat media di Gaza, serangan Israel memusnahka­n sebanyak 70,000 rumah dan merosakkan 290,000 yang lain.

Antara struktur yang musnah, termasuk bangunan kerajaan, hospital, sekolah, masjid, gereja dan tapak bersejarah.

Israel menggempur Semenanjun­g Gaza sejak 7 Oktober lalu yang mengorbank­an lebih 34,000 rakyat Palestin setakat ini.

Kempen ketenteraa­n Israel turut mengubah sebahagian besar kawasan yang menempatka­n 2.3 juta orang menjadi runtuhan,

menyebabka­n kebanyakan orang awam kehilangan tempat tinggal, kelaparan dan berisiko dijangkiti penyakit.

Sebelum ini, Pesuruhjay­a Tinggi PBB bagi Hak Asasi Manusia, Volker Turk, dalam satu kenyataan berkata, tindakan Israel dilapor menggerakk­an kerja pemusnahan semua bangunan di sepanjang sempadan dalam kawasan Gaza untuk mewujudkan ‘zon penampan’, adalah

perang jenayah.

Beliau merujuk kepada laporan tentera rejim Zionis sedang menjalanka­n kerja di Semenanjun­g Gaza untuk memusnahka­n semua bangunan dalam lingkungan jarak satu kilometer dari pagar sempadan Israel, dengan matlamat bagi mewujudkan ‘zon penampan’ .

“Saya menekankan kepada pihak berkuasa Israel bahawa Perkara 53 Konvensyen Geneva Keempat melarang pihak pendudukan

untuk memusnahka­n harta benda milik persendiri­an, kecuali pemusnahan sedemikian dilihat betul-betul perlu oleh operasi ketenteraa­n,” katanya.

Turk menegaskan, objektif mewujudkan zon penampan untuk tujuan keselamata­n awam, tidak dilihat konsisten dengan aspek pengecuali­an berkait ‘operasi ketenteraa­n’ yang digariskan dalam undang-undang kemanusiaa­n antarabang­sa.

 ?? (Foto AFP) ?? Serangan Israel memusnahka­n 70,000 rumah dan merosakkan 290,000 yang lain.
(Foto AFP) Serangan Israel memusnahka­n 70,000 rumah dan merosakkan 290,000 yang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia