Berita Harian

Filipina nafi capai persetujua­n isu Laut China Selatan

Manila anggap dakwaan Beijing urus pertikaian sebagai propaganda

-

Manila: Filipina menafikan dakwaan China bahawa keduadua negara sudah mencapai persetujua­n berhubung pertikaian maritim di Laut China Selatan.

Sebaliknya, Manila berkata, dakwaan itu hanyalah propaganda republik berkenaan.

Pada 18 April lalu, seorang jurucakap di kedutaan China di Manila berkata, kedua-duanya negara bersetuju dengan ‘model baharu’ bagi menguruska­n ketegangan di perairan Second Thomas Shoal di Kepulauan Spratly, tanpa mengulas lanjut.

Setiausaha Pertahanan Filipina, Gilberto Teodoro, berkata jabatannya ‘tidak mengetahui dan juga bukan pihak kepada sebarang perjanjian dalaman dengan China’ sejak Presiden Ferdinand Marcos Jr memegang jawatan pada 2022.

“Pegawai jabatan pertahanan tidak bercakap dengan mana-mana pegawai China sejak itu,” katanya dalam satu kenyataan.

Kedutaan China di Manila tidak menjawab permintaan bagi mengulas komen Teodoro.

Beijing dan Manila berulang kali bertelagah sejak beberapa bulan kebelakang­an ini.

Tolak tuntutan Beijing

Filipina menuduh China menghalang gerakan dan menembak meriam air ke arah kapalnya untuk mengganggu misi bekalan kepada askar Filipina yang ditempatka­n di sebuah kapal tentera laut yang sengaja didaratkan pada 1999 untuk mengukuhka­n tuntutan maritimnya.

China menuntut hampir keseluruha­n Laut China Selatan, saluran kepada lebih daripada AS$3 trilion dalam perdaganga­n kapal tahunan.

Tuntutan itu bertindih dengan tuntutan Filipina dan empat negara lain.

Pada 2016, Mahkamah Timbang Tara Tetap di Hague berkata, tuntutan China tidak mempunyai asas undang-undang dan menolak keputusan Beijing.

Teodoro turut menggelar dakwaan China mengenai perjanjian dua hala itu ‘sebahagian daripada propaganda China’, sambil menambah bahawa Filipina tidak akan sekali-kali memasuki sebarang perjanjian yang akan menjejaska­n tuntutanny­a di laluan air.

“Naratif yang disebarkan oleh pegawai China yang tidak dinamakan atau tidak dikenali adalah satu lagi percubaan kasar untuk memajukan kepalsuan,” katanya.

Sebelum ini, dua kapal Pengawal

Pantai China yang berlanggar dengan bot Filipina di perairan Second Thomas Shoal, menyebabka­n empat kru cedera.

Pasukan petugas kerajaan Filipina dalam satu kenyataan berkata, kapal Pengawal Pantai China dan Militia Maritim China mengganggu, menyekat, menggunaka­n meriam air dan melaksanak­an gerakan berbahaya dalam satu lagi percubaan untuk menghalang rutin bekalan semula dan misi penggilira­n secara haram.

Kapal BRP Sindangan bersama satu lagi bot dikerahkan untuk memberi bantuan kepada bot Unaizah 4 Mei dan Unaizah 1 Mei yang membawa askar dan bekalan ke Second Thomas Shoal, di mana tentera Filipina ditempatka­n.

Empat kru di atas Unaizah 4 Mei cedera apabila dua kapal Pengawal Pantai China secara serentak melepaskan meriam air dan memecahkan cermin depan.

REUTERS

 ?? (Foto REUTERS) ?? Kapal Pengawal Pantai China menembak meriam air ke atas bot Filipina yang membawa bekalan ke Second Thomas Shoal sekali gus menambahka­n lagi pertikaian dua negara.
(Foto REUTERS) Kapal Pengawal Pantai China menembak meriam air ke atas bot Filipina yang membawa bekalan ke Second Thomas Shoal sekali gus menambahka­n lagi pertikaian dua negara.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia