Berita Harian

Tak patah hati dihina

The Gadys telan kecaman, mahu buktikan bakat, suara tak sumbang

-

mereka masih hijau dalam dunia muzik, namun kontrovers­i dan kecaman rancak diterima kumpulan penyanyi wanita yang menggelark­an diri sebagai The Gadys ini.

Selepas tular video memaparkan mereka menyanyi sumbang menerusi lagu medley Cintaku Sampai Ke Ethiopia nyanyian asal Ria Resty Fauzi, Cinta Sampai Mati (Raffa Affar) dan Gadis Dan Bunga (Rahimah Rahim) pada Anugerah KNKV Viral 2024 pada Februari lalu, The Gadys tak habis-habis

Langkah

terima kecaman.

The Gadys dianggotai Aznie Azmi, Ayunie Rizal dan Thamiera Chan menjadi perhatian apabila dilihat bergelut menyanyika­n ketiga-tiga lagu berkenaan yang menjadikan detik memalukan itu terus diingati sehingga sehingga kini.

Kejadian itu juga dilihat memberi tanggapan kurang baik apabila ratarata menyifatka­n

The Gadys tidak boleh menyanyi, bersuara sumbang dan perlu mencari bidang lebih sesuai dengan bakat dimiliki.

Kesan video tular

Menyingkap kesan video tular itu, Ayunie mendakwa menerima komentar meminta mengambil langkah menamatkan riwayat kerana dianggap sebagai perosak industri muzik.

“Kami rasa antara komen paling berat pernah diterima bila disuruh menamatkan riwayat hidup. Kami ada bukti tangkap layar berkenaan. “Macam yang pernah diperkatak­an sebelum ini, kalau hendak kutuk mengenai suara, kami akui ia adalah kekurangan diri. “Tetapi, untuk suruh seseorang melakukan perkara di luar kewarasan fikiran bukanlah komen yang bagus. “Kalau betul ada yang ikut, bagaimana? Tidakkah netizen yang melemparka­n komen rasa bersalah?,” katanya kepada

B*POP.

Bagaimanap­un, Ayunie berkata, mereka memilih tidak memanjangk­an perkara berkenaan dengan menghebahk­an atau membuat laporan polis, sebaliknya memilih terus melangkah.

“Kami tak buat laporan polis, cuma kecewa dengan komen sedemikian. Tapi, kami bersyukur ramai lagi sentiasa memberi semangat.

“Kami akan terus maju ke depan sebab selagi dilayan ia akan beri kesan buruk kepada kami,” katanya.

Dengan kecaman hebat diterima, Ayunie memberitah­u sudah pasti ia memberi kesan kepada seluruh anggota kumpulan, namun cuba untuk terus positif dengan semua perkara dilalui.

Biarpun ada meminta untuk berundur meninggalk­an kerjaya nyanyian, Ayunie menegaskan, mereka hadir sebagai penghibur dan akan terus memperbaik­i kekurangan diri.

“Kami hanya manusia biasa, tentunya ada rasa sakit hati dan sedih kalau netizen berterusan mengecam. Tapi, penghinaan boleh dijadikan pembakar semangat.

“Untuk mereka yang mengutuk boleh tengok video-video persembaha­n lama atau lagu-lagu kami, Alhamdulil­lah semuanya baik sahaja.

“Kami tak kata sudah bagus dan sedar bukanlah dalam kalangan penyanyi profesiona­l.

“Tapi, kami hadir menghiburk­an kerana sedar dalam industri muzik kami versatil seperti pandai berlakon, menyanyi dan menari.

“Jadi, kalau hendak tahu lebih lanjut perkembang­an The Gadys boleh tengok dalam media sosial,” katanya.

Tiada sengketa

Sementara itu, mengulas keluar masuk ahli dalam The Gadys, Aznie berkata, tidak timbul sebarang sengketa sesama mereka, malah terus menyokong apa sahaja pilihan bekas anggota.

“Anggota The Gadys yang keluar kerana mahu fokus karier sendiri terlebih dahulu, tapi sejujurnya kami tak bergaduh.

“Hubungan kami baik-baik sahaja dan masih berhubung seperti biasa. Baru-baru ini, kami ada berbuka puasa bersama.

“Masing-masing ada pilihan sendiri dan kami sentiasa menyokong apa sahaja perkara yang ingin dilakukan.

“Kami bukan sahaja anggota The Gadys, tapi berkawan baik, jadi tiada istilah bermasam muka atau marah dengan tindakan yang diambil. Kami akan sentiasa menyokong,” katanya.

Tambah Aznie, buat masa ini, tiada sebarang pertambaha­n ahli dan cukup bergerak secara bertiga sahaja.

 ?? ??
 ?? (Foto Aziah Azmee/bh) ?? The Gadys pilih terus melangkah, telan kecaman hebat.
(Foto Aziah Azmee/bh) The Gadys pilih terus melangkah, telan kecaman hebat.
 ?? Oleh Affan Rostam affan.rostam@ bh.com.my ??
Oleh Affan Rostam affan.rostam@ bh.com.my
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia