Berita Harian

Ben kecewa, mengembara seorang diri?

Tak ditaja, seronok keliling dunia secara solo

-

Masih memegang status bujang, pelakon Ben Amir tidak kisah masih hidup bersendiri­an pada usia 34 tahun.

Ben atau nama sebenarnya, Muhammad Amir Sabaruddin mengakui seronok menikmati kehidupan dan mengelilin­gi dunia secara solo.

Pemegang trofi Pelakon TV Lelaki Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) edisi 33 dan 34 itu lebih selesa mengembara sendirian dan mengutip pengalaman hidup.

Ikuti perkongsia­n Ben kepada B*POP

B*POP: Anda banyak berkongsi video point of view (POV) orang single dalam Tiktok, adakah tak terfikir berkahwin?

Ben: Saya masih sibuk dengan kerja, malah jiwa nak bekerja dan nak jadi bintang filem aksi tambah membara bila lihat lakonan dalam filem baharu, Rebel: Berontak Untuk Berotak arahan Datuk Awie. Jadi, saya tak rasa nak berkahwin dalam masa terdekat ini.

B*POP: Apakah bercinta pun tidak? Ben: Tidak.

B*POP: Adakah anda selesa mengembara seorang diri?

Ben: Ya. Bagi saya, kebahagiaa­n pertama adalah untuk diri sendiri. Jadi, saya tak kisah mengembara seorang diri, lebih seronok.

B*POP: Ada anggap anda patah hati mengembara seorang diri?

Ben: Tidaklah... Bagi saya, ia satu pengalaman yang anda semua kena cuba, backpackin­g ke Vietnam, Laos, Filipina dan mana-mana. Belajar macam mana hidup dan sesat seorang.

Bagi saya, pengalaman itulah yang saya akan cerita pada anak.

B*POP: Mungkin boleh kongsi pengalaman yang tak boleh dilupakan ketika mengembara?

Ben: Kalau yang pahit, saya hampir disamun di Kemboja sebab saya salah berbual dengan seseorang. Alhamdulil­lah, tiada apa-apa berlaku, jadi saya tidaklah trauma.

Pengalaman manis, semua makanan sedap-sedap. Saya memang pencinta makanan.

B*POP: Tak takutkah berjalan seorang diri?

Ben: Sudah tentu sebelum pergi ke mana-mana kena Google dulu, tapi kadang-kadang sudah rancang pun sesat juga. Itu perkara biasa.

B*POP:ADA juga mendakwa anda pergi bercuti jauh-jauh kerana ditaja. Komen sikit?

Ben: Saya mengembara dengan perbelanja­an sendiri. Mana ada sesiapa taja. Bagi saya, tak relevan bila tengok orang ‘travel’ seorang diri sahaja terus fikir ditaja.

Saya mahu ke Costa Rica, Amerika; Kathmandu, Nepal dan banyak tempat lagi.

 ?? ?? Ben lebih selesa mengembara sendirian dan mengutip pengalaman hidup.
Ben lebih selesa mengembara sendirian dan mengutip pengalaman hidup.
 ?? Oleh Fatin Farhana Ariffin fatin.farhana@ bh.com.my ??
Oleh Fatin Farhana Ariffin fatin.farhana@ bh.com.my
 ?? (Foto Ezairi Shamsudin/bh) ??
(Foto Ezairi Shamsudin/bh)

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia