Berita Harian

Kaka Azraff bebas terbang sendiri

-

Mungkin Allah menjawab doanya yang mahu menyusun kerjaya seni sendiri tanpa bernaung di bawah mana-mana label.

Akhirnya, hasrat itu terkabul bila kontraknya bersama Warner Music Malaysia ditamatkan gara-gara kelantanga­n penyanyi Kaka Azraff memperjuan­gkan isu Palestin, Disember lalu.

Kini selepas empat bulan ‘terbang’ sendiri tanpa terikat dengan mana-mana label, pemilik nama sebenar Nor Atiqa Noor Azraff, 35, mengakui hidupnya lebih bebas dan paling tak disangka, rezeki terbentang lebih luas buatnya.

“Alhamdulil­lah, apa yang jadi sebenarnya membuka jalan lebih luas, malah kerjaya seakan dipermudah­kan dan lebih banyak peluang yang saya dapat.

“Bukan kata syarikat pengurusan sebelum ini tidak buat apa-apa, tetapi apa yang saya nampak, orang lebih mengenali saya selepas insiden ditamatkan kontrak.

“Saya mula menyedari yang rezeki Allah itu luas. Apa yang berlaku tak menghalang, sebaliknya beri ruang lebih besar.

“Hikmahnya, saya juga sedar sebenarnya saya boleh bergerak sendiri. Selama ini saya memang pernah beritahu, saya nak bergerak sendiri, tetapi hasrat sering kali terbantut.

“Namun, akhirnya penamatan kontrak menjadi titik tolak untuk bergerak solo, umpama doa dimakbulka­n Allah,” katanya kepada B*POP.

Kualiti berbanding kuantiti

Bagaimanap­un, kata Kaka, dia tidak mahu terburu-buru, sebaliknya lebih mementingk­an kualiti berbanding kuantiti.

Kaka berkata, apa yang berlaku juga tidak membuatkan­nya takut untuk terus memperjuan­gkan isu Palestin.

Namun, gara-gara kelantanga­nnya, Kaka berkata, dia menerima banyak ugutan dalam media sosial, tetapi perkara itu langsung tidak membuatkan­nya ‘kecut’.

“Sampai hari ini, masih ada lagi komen bukanbukan diterima. Setiap kali buat hantaran, pasti ada satu dua komen buruk ditinggalk­an.

“Tapi, ia sedikit pun tak mengganggu, sebaliknya tetap jalani hidup seperti biasa.

Saya anggap komen berbaur kebencian sebagai buli siber,” katanya yang ditemui pada majlis sidang media program realiti,

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia