Berita Harian

Aufahanie ‘memberonta­k’ gara-gara perpisahan ibu ayah

Hidup dalam keluarga berpecah belah, lelah asyik berpindah randah

- Oleh Serimah Mohd Sallehuddi­n B*POP.

“Keputusan untuk tinggal bersama datuk dan nenek di kampung juga berjaya menyelamat­kan saya daripada hanyut”

Bagi gadis ini, meniti zaman remaja, tiada yang indah untuk dikenang gara-gara perpisahan kedua ibu bapa sejak dirinya bersekolah rendah.

Namun, bakat baru Aufahanie tidak secalitpun menaruh dendam terhadap kedua orang tua. Akuinya, bukan mudah hidup dalam keluarga berpecah belah, hingga dirinya lelah asyik berpindah randah.

Menginjak dewasa, Aufahanie yang berasal dari Sabak Bernam, Selangor, mengakui hidup lebih tenang. Dia bersyukur perpisahan ibu bapa menjadikan dirinya lebih berdikari.

“Ummi dan ayah berpisah ketika saya berusia sembilan tahun. Sejak itu, saya tinggal bersama ayah di Shah Alam, ummi pula di Sabak Bernam.

“Saya dan adik bongsu ikut ayah sebab dia menanggung kami. Ummi pula tidak bekerja. Apabila adik masuk asrama, kebanyakan masa saya tinggal sendirian kerana ayah sibuk,” katanya kepada

Disebabkan sering berpindah randah termasuk menetap bersama abang yang sudah berkahwin, Aufahanie yang menyertai musim kelima program realiti Big Stage, pernah melalui fasa di mana dirinya menjadi pemberonta­k.

Namun, kongsi Aufahanie atau nama sebenar, Nur Aufahanie Mokhtar, dia lekas tersedar dan menjadikan al-quran sebagai panduan hidup. Jika tidak, mungkin sudah lama dirinya hanyut.

“Saya penat dengan liku hidup yang terpaksa dilalui. Kesan daripada perpisahan ummi dan ayah, saya alami masalah kegelisaha­n dan tekanan teruk. Mujur saya cepat tersedar dan mula dekatkan diri dengan Tuhan pada usia 15 tahun.

“Ketika kawan-kawan di asrama nyenyak tidur, saya pergi ke surau untuk membaca tafsir al-quran. Keputusan untuk tinggal bersama datuk dan nenek di kampung juga berjaya menyelamat­kan saya daripada hanyut,” katanya.

Trauma jalin hubungan

Biarpun diduga dengan kehidupan yang tidak seindah seperti remaja lainnya, Aufahanie mengaku apa yang berlaku ke atas ibu bapa membuatkan dirinya trauma menjalinka­n hubungan serius dengan mana-mana lelaki.

Aufahanie bimbang melalui pengalaman sama seperti ibunya.

Lantas, Aufahanie mahu memastikan kedudukan kewanganny­a kukuh sebelum mendirikan rumah tangga. Ini dianggap penting kerana jika sesuatu berlaku terhadap perkahwina­nnya, dia sudah ada perlindung­an.

 ?? Bhnews@ bh.com.my Aufahanie ??
Bhnews@ bh.com.my Aufahanie

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia