Berita Harian

Sarah, Alfie jalin hubungan cinta?

- Setia

Sama seperti pasangan duet lain yang sering dikaitkan mempunyai hubungan cinta, spekulasi sama turut dihadapi penyanyi Sarah Suhairi dan Alfie Zumi yang sedangmele­dakdengan lagu Setia Akhir dalam video muzik, ramai peminat menyangka Sarah, 23, dan Alfie, 30, benar-benar dilamun cinta hingga ada yang mendoakan hubungan kekal hingga ke jenjang pelamin.

Bertemu pasangan duet itu, baru-baru ini, soalan itulah juga yang diajukan kepada mereka.

Dalam keadaan malu-malu, kedua-duanya menafikan mereka menjalinka­n hubungan intim.

Sebaliknya, Alfie berkata, kemesraan yang dilihat itu adalah antara inisiatif mereka untuk menghasilk­an video muzik lebih menarik.

“Tak dinafikan, memang ada yang menyangka saya dan Sarah bercinta dan mendoakan kami disatukan. Sebagai penyanyi, setiap lagu yang didendangk­an perlu ada unsur drama dan boleh menampakka­n kami ada hubungan.

“Justeru, kami cuba memberikan yang terbaik dan menampakka­n kemesraan dalam video muzik ini,“katanya kepada B*POP.

Tambah Alfie, bekas juara Big Stage musim pertama itu banyak memberi aura positif dan membantuny­a untuk lebih yakin, apatah lagi, masih baharu dalam dunia seni.

“Saya pemalu sikit, jadi Sarah banyak bantu saya untuk biasakan diri dalam dunia seni.

“Sarah juga ajar saya untuk tampil lebih yakin dan saya selesa dengan caranya,“katanya.

Sementara itu, Sarah mengakui, dia tertarik bekerjasam­a dengan Alfie selepas melihat bakatnya dalam Tiktok.

“Kami pernah bekerjasam­a ketika fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Alfie seorang penari dan pernah mengiringi persembaha­n saya dalam program realiti, Immortal Song.

“Selepas terjumpa semula profil Alfie, dua tahun lalu. Saya beritahu label mahu bekerjasam­a dengannya.

“Secara kebetulan, Alfie bernaung di bawah label sama, jadi tugasan ini menjadi lebih mudah.

“Lagu Setia Akhir Hayat ini mengambil inspirasi lagu Bawa Daku Pergi nyanyian Zizan Razak dan Kaka Azraff. Kami mahu mengembali­kan semula nostalgia yang pernah dicipta lagu berkenaan,” kata Sarah lagi.

Dalam perkembang­an lain, berbanding rakan seangkatan dengannya, nama Sarah dalam industri seakan tenggelam timbul dan tidak konsisten.

Kewujudann­ya hanya akan kembali disedari jika muncul dengan lagu baharu.

Mengulasny­a, Sarah akui, keadaan itu berlaku susulan sikapnya yang gemar bereksperi­mentasi dengan muzik.

“Saya memang suka bereksperi­men dengan pelbagai genre. Single pertama lebih kepada balada dan nuansa Pop R&B.

“Single kedua, Nyawa Raga lebih kepada ‘upbeat’. Selepas itu, saya banyak terbabit dengan lagu runut bunyi.

“Tahun ini, saya mahu tukar angin untuk lagu yang lebih ‘cheeky’ dan segar. Jumpa pula pasangan duet seperti Alfie, maka terhasilla­h lagu Akhir Hayat,” katanya.

 ?? ?? Peminat menyangka Sarah dan Alfie bercinta dan mendoakan hubungan kekal hingga ke jenjang pelamin..
Hanya kerana keserasian yang dapat dilihat
Peminat menyangka Sarah dan Alfie bercinta dan mendoakan hubungan kekal hingga ke jenjang pelamin.. Hanya kerana keserasian yang dapat dilihat

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia