Berita Harian

Kim Soo Hyun bintang K-drama paling mahal

Terima bayaran RM2.8 juta setiap episod dalam drama terbaharu, Queen Of Tears

-

Sejak memulakan kerjaya lakonan pada 2008, aktor terkenal dari Korea Selatan, Kim Soo Hyun terus mencipta pelbagai kejayaan kerana gaya lakonan berkesan dan mampu menghadirk­an kepuasan kepada penonton.

Dengan bakat lakonan luar biasa, Soo Hyun, 36, sememangny­a menjadi salah seorang aktor terkemuka yang selalu ditunggu peminat Kdrama dari seluruh dunia.

Justeru, tidak hairan apabila aktor tampan dan tinggi lampai kelahiran Seoul itu sering mendapat perhatian pelbagai syarikat produksi sehingga dilaporkan menerima jumlah bayaran tertinggi dalam kalangan pelakon di negara berkenaan.

Menurut laporan media, drama terbaharu lakonannya berjudul Queen Of Tears yang kini sedang disiarkan di platform Netflix itu menjadi naskhah K-drama yang menelan bajet tinggi iaitu sebanyak 40 bilion Won (RM141 juta).

Turut didedahkan, bayaran diterima Soo Hyun sebanyak 800 juta Won (RM2.8 juta) untuk satu episod iaitu lebih tinggi berbanding bayaran diterima menerusi drama One Ordinary Day.

Menerusi drama One Ordinary Day yang disiarkan pada 2021, media melaporkan, Soo Hyun menerima bayaran 500 juta Won (RM1.7 juta) setiap episod.

Bayaran Soo Hyun dikatakan meningkat 60 peratus selepas tiga tahun, sekali gus menjadikan dirinya sebagai artis terima bayaran termahal yang pernah dikeluarka­n syarikat produksi untuk aktor Korea Selatan.

Bagaimanap­un, agensi pelakon terbabit enggan membuat sebarang kenyataan berhubung butiran kontrak dengan produksi.

Selepas kecoh bayaran diterima Soo Hyun, syarikat produksi drama

Queen Of Tears iaitu Studio Dragon menafikan aktor yang menggalas watak Baek Hyun Woo itu menerima bayaran RM2.8 juta untuk setiap episod dijayakann­ya.

Tidak berasas

Studio Dragon dilaporkan memberitah­u, kenyataan yang mendedahka­n mengenai gaji atau bayaran diberikan kepada Soo Hyun untuk setiap episod dijayakan tidak berasas.

“Laporan bahawa Soo Hyun menerima 800 juta Won (RM2.8 juta) setiap episod sama sekali tidak benar. Jauh sekali,” jelas Studio Dragon seperti dilaporkan Money Today, Selasa lalu.

Sekiranya laporan bayaran diterima So Hyun benar, maka Studio Dragon membelanja­kan satu pertiga daripada jumlah keseluruha­n pembikinan drama bagi mendapatka­n Soo Hyun bagi peranannya dalam 16 episod.

Sebelum itu, sejak menjalani khidmat ketenteraa­n pada Oktober 2017, populariti Soo Hyun terus memuncak. AGENSI

 ?? ??
 ?? ?? Yeoh (tengah) berganding­an dengsao n o Jhusytuin Chien (kmire i) ndj adni binsata m ng Sopna g linlgi m(kahn al nb ) adyaalaram­n bagidsreat­im ap a stahtue Beproistoh d erd s rsaumna. (Fola to koanfapn).
Yeoh (tengah) berganding­an dengsao n o Jhusytuin Chien (kmire i) ndj adni binsata m ng Sopna g linlgi m(kahn al nb ) adyaalaram­n bagidsreat­im ap a stahtue Beproistoh d erd s rsaumna. (Fola to koanfapn).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia