Berita Harian

Imej Bruno Mars tercalar dakwaan ‘kaki judi’

-

Sejak akhir-akhir ini heboh apabila penyanyi terkenal, Bruno Mars yang jarang terpalit kontrovers­i didakwa mempunyai hutang berjumlah AS$50 juta (RM234 juta) hasil daripada aktiviti perjudian bersama syarikat kasino terkenal, MGM Resorts.

Dakwaan berkenaan berpotensi mencalarka­n imej penyanyi berusia 39 tahun itu yang selama ini dikenali sebagai selebriti dengan imej serta personalit­i bersih.

Bagaimanap­un, pihak pengurusan MGM Resorts tampil menafikan khabar angin yang sedang bertebaran di pelbagai platform media sosial, selain menjelaska­n Mars antara penyanyi dihormati di kasino terbabit.

Dalam satu kenyataan kepada penerbitan hiburan Amerika Syarikat (AS) iaitu Variety, MGM Resorts dilaporkan memberitah­u, dakwaan hutang membabitka­n Mars atau nama sebenar, Peter Gene Hernandez adalah palsu.

“Kami berbangga hubungan Mars iaitu salah seorang penghibur yang paling menyeronok­kan dan dinamik di dunia.

“Daripada rancangann­ya di Dolby Live di Park MGM ke Lounge Pinky Ring di Bellagio, jenama hiburan Mars menarik pelawat dari seluruh dunia.

Spekulasi palsu

“Perkongsia­n MGM dan Mars sudah lama terjalin dan kami saling menghormat­i. Sebarang spekulasi adalah palsu.

“Mars tidak mempunyai hutang dengan MGM. Bersamasam­a, kami teruja untuk terus mencipta pengalaman yang tidak dapat dilupakan untuk tetamu kami,” jelas MGM Resorts melalui kenyataan akhbar.

Khabar angin mendakwa Mars berada dalam masalah kewangan tersebar selepas laman web dari AS, melaporkan pada 14 Mac lalu bahawa pemenang Anugerah Grammy itu mengumpul hutang berjumlah AS$50 juta (RM234 juta) daripada perjudian.

Newsnation memetik sumber tanpa nama yang mendakwa bintang pop kelahiran Honolulu, Hawaii, AS itu memperoleh AS$90 juta (RM425 juta) setahun melalui MGM Resorts.

Tetapi, menurut sumber terbabit, Mars hanya menggunaka­n sebahagian besar daripada itu untuk membayar hutang perjudiann­ya.

“Dia (Mars) hanya membuat AS$1.5 juta (RM7 juta) setiap malam selepas cukai,” dakwa laporan berkenaan.

Sementara itu, menurut laporan portal wakil Mars enggan mengulas lanjut dan hanya menyerahka­n orang ramai untuk merujuk kepada kenyataan dikeluarka­n MGM Resorts.

Pada masa sama, Mars sendiri turut menyangkal laporan mendakwa dirinya seorang kaki judi.

Bagaimanap­un, Mars tidak malu mengakui pernah berjudi ketika berusia 19 tahun dan kehilangan ratusan ribu dolar hanya dalam satu malam.

AGENSI

 ?? ?? Mars tak malu mengakui pernah berjudi ketika berusia 19 tahun dan kehilangan ratusan ribu dolar dalam satu malam. (Foto AFP)
Mars tak malu mengakui pernah berjudi ketika berusia 19 tahun dan kehilangan ratusan ribu dolar dalam satu malam. (Foto AFP)

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia