Berita Harian

Tukang DIY guna barang terbuang

Dua beradik kongsi minat, miliki kreatif hasilkan pelbagai dekorasi dalaman unik

- Oleh Abnor Hamizam Abd Manap bhnews@bh.com.my

Barang lama yang sudah rosak dan buruk tiada siapa mahu memandangn­ya, apatah lagi disimpan untuk dijadikan hiasan.

Namun, bagi mereka yang tahu menilai estetika di sebalik barangan itu pasti boleh digunakan dan diletakkan pada sudut istimewa kerana keunikanny­a.

Tidak hairan, di kala kaki melangkah ke kediaman pempengaru­h, Norpadilah Afandi terletak di Kampung Temeris, Kuala Pilah, Negeri Sembilan ini, mata terpana dek kekaguman pelbagai dekorasi dalaman rumah itu lain daripada yang lain.

Apatah tidaknya, hampir 90 peratus peralatan seperti perabot dan aksesori hiasan dalam rumah itu menggunaka­n barang terpakai yang dibuat sendiri (DIY) oleh Norpadilah.

Itu baru di rumah Norpadilah, mata sudah terpaku melihat pelbagai perabot dan aksesori daripada barangan kitar semula.

Menjenguk ke rumah kakaknya, Rafidah yang hanya terletak bersebelah­an pemandanga­n disajikan pula dengan keunikan hiasan dinding juga dibuat sendiri olehnya persis miliki minat sama dengan Norpadilah yang tidak kekok bertukang dan menggunaka­n peralatan mesin untuk memotong, membentuk atau mereka hiasan dan sebagainya.

Kayu hanyut dan barang terbuang antara barangan digunakan dua beradik yang mempunyai minat sama menghiasi rumah masing-masing sehingga menjadi tumpuan orang ramai.

Apa tidaknya pengunjung yang datang bukan sahaja dari negara ini sebaliknya ada yang sanggup terbang dari Brunei dan Singapura semata-mata mahu melihat hiasan rumah Norpadilah, 42, dan kakaknya Rafidah, 46.

Ibarat sehati sejiwa, kedua-dua beradik ini gigih menghias rumah masing-masing mengikut cita rasa sendiri, namun konsep yang berbeza.

Norpadilah lebih gemar menggunaka­n barang terpakai manakala Rafidah menterjema­hkan dekorasi menggunaka­n kayu hanyut untuk dijadikan bingkai ranting, perabot, selain membuat pokok duit dan kebaya perca.

Semuanya berkonsepk­an DIY

Norpadilah gemar membuat sendiri pelbagai jenis barang menerusi kaedah DIY dan tidak hairan jika dilihat hampir setiap sudut di dalam rumahnya di Kampung Temeris itu banyak menggunaka­n barang terpakai dibuat sendiri seperti kerusi, meja, almari dan sofa.

 ?? ??
 ?? ?? Perabot daripada barangan kitar semula yang kelihatan unik dan kreatif. (Foto ihsan IG norpadilah diycrafter)
Perabot daripada barangan kitar semula yang kelihatan unik dan kreatif. (Foto ihsan IG norpadilah diycrafter)

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia